Prestasi Perdagangan : Februari 2021 dan Januari - Februari 2021
KENYATAAN MEDIA
PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA
PRESTASI PERDAGANGAN LUAR BAGI BULAN FEBRUARI 2021 DAN TEMPOH JANUARI- FEBRUARI 2021
Perdagangan, Eksport, Import dan Lebihan Dagangan Tertinggi bagi Bulan Februari
Perdagangan Malaysia mengekalkan momentum pertumbuhan positif pada Februari 2021, mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 15.4% kepada RM157.27 bilion berbanding bulan yang sama tahun lepas. Eksport meningkat 17.6% kepada RM87.57 bilion dan import naik 12.7% kepada RM69.7 bilion. Lebihan dagangan melonjak 41.6% kepada RM17.86 bilion. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan masing-masing merekodkan nilai tertinggi bagi bulan Februari.
Eksport mengekalkan pertumbuhan positif tahun ke tahun bagi enam bulan berturut-turut. Pertumbuhan ini juga adalah yang terpantas dicatatkan sejak Oktober 2018. Kenaikan eksport ini telah disokong oleh peningkatan dalam permintaan global terutamanya bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E) khasnya semikonduktor, keluaran getah serta barangan berasaskan komoditi terutamanya keluaran petroleum dan minyak sawit. Peningkatan eksport telah direkodkan ke kebanyakan pasaran utama seperti ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), Jepun dan Hong Kong SAR.
Berbanding Januari 2021, lebihan dagangan meningkat 7.6%. Jumlah perdagangan, eksport dan import masing-masing mengurang sebanyak 3.3%, 2.3% dan 4.5%.
Muat turun PDF:
Prestasi Perdagangan : Februari 2021 dan Januari - Februari 2021
Prestasi Perdagangan : Februari 2021 dan Januari - Februari 2021 (Infografik)