MATRADE mempelawa Warganegera Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH).

Lokasi:

Bahagian Tranformasi Dan Perdagangan Digital
Seksyen Teknologi Maklumat
Menara MATRADE
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur

Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Berumur tidak kurang daripada 25 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat atau Sains Komputer atau Pengurusan Projek atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  4. Mahir berkomunikasi dengan baik secara lisan dan bertulis di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan
  5. Mahir menggunakan perisian Microsoft Project, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint dengan baik.

Calon-calon yang memiliki kriteria berikut akan diberikan keutamaan:

  1. Pernah terlibat secara aktif di dalam projek ICT.
  2. Berpengetahuan di dalam pengurusan projek ICT.
  3. Mempunyai ciri kepimpinan.
  4. Mempunyai sijil di dalam pengurusan projek.

Bidang tugas:

Pegawai akan bertindak sebagai pasukan pengurusan projek ICT bagi membantu Pengurus Projek untuk:

  1. Melaksanakan urusan pentadbiran projek seperti mengemaskini dokumen projek, mengawasi pelaksanaan aktiviti projek, mengemaskini Jadual Pelaksanaan Projek menggunakan perisian Microsoft Project dan mengatur mesyuarat secara berkala.
  2. Memantau dan menyediakan laporan status kemajuan projek secara berkala kepada pihak berkenaan.
  3. Menjadi urus setia mesyuarat.