Lebihan Dagangan April 2016 bernilai RM9.06 bilion, Meningkat 31.9%

Eksport Malaysia meningkat 1.6% kepada RM61.35 bilion pada April 2016 berbanding April 2015. Pertumbuhan eksport pada April 2016 disokong oleh pengembangan eksport ke ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan Taiwan. Import mengurang 2.3% kepada RM52.29 bilion manakala jumlah perdagangan kekal pada nilai RM113.64 bilion berbanding RM113.9 bilion pada April 2015.

Lebihan dagangan negara pada April 2016 meningkat 31.9% kepada RM9.06 bilion berbanding RM6.87 bilion pada April 2015. Ia merupakan lebihan dagangan yang ke-222 bulan berturut-turut dicatatkan sejak November 1997.

Dalam tempoh empat bulan pertama 2016, eksport berkembang kepada RM246.51 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 1.2% manakala import menurun 0.9% kepada RM213.51 bilion. Jumlah perdagangan bernilai RM460.02 bilion berbanding RM459.04 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas. Lebihan dagangan mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 17% mencecah nilai RM32.99 bilion dalam tempoh tersebut.

Muat turun:

icon Prestasi Perdagangan : April 2016 dan Januari - April 2016 (200.76 kB)