Prestasi Perdagangan : November 2016 dan Januari - November 2016
Eksport November Melepasi RM70 Bilion Pada 2016
Eksport Malaysia pada November 2016 merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun yang kukuh sebanyak 7.8% kepada RM72.83 bilion, merupakan eksport bulanan tertinggi dicatatkan di sepanjang 11 bulan pertama tahun 2016. Pencapaian ini disokong oleh permintaan yang kukuh terutamanya dari ASEAN, China, Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS), Hong Kong dan India. Import pada bulan November 2016 berkembang 11.2% kepada RM63.8 bilion. Jumlah perdagangan meningkat 9.3% kepada RM136.63 bilion. Lebihan dagangan bernilai RM9.03 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-229 bulan dicatatkan sejak November 1997.
Jumlah perdagangan Malaysia bagi sebelas bulan pertama tahun 2016 meningkat 0.5% kepada RM1.342 trilion berbanding RM1.335 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2015. Eksport meningkat 0.2% kepada RM710.38 bilion manakala import meningkat 1% kepada RM631.83 bilion dengan lebihan dagangan sebanyak RM78.55 bilion.
Berbanding Oktober 2016, eksport, import dan jumlah perdagangan masing-masing mencatatkan pertumbuhan 5.2%, 7.3% dan 6.2%.
Muat turun:
Prestasi Perdagangan : November 2016 dan Januari - November 2016 (932.68 kB)