MIHAS
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), telah dilancarkan pada 2004 untuk memudahkan proses pembekalan dan penjualan bahan makanan halal, produk dan perkhidmatan yang berkualiti di peringkat global.
  • Acara tahunan MIHAS merupakan perhimpunan terbesar peserta industri halal.
  • MIHAS berjaya menarik pelawat dan peserta pameran dari pelbagai sektor industri yang terdiri dari farmaseutikal hingga kepada pelaburan Islam dan perbankan.
  • MIHAS menganjurkan perjumpaan dan pemadanan diantara lebih 500 pembeli dengan peserta MIHAS dari Malaysia.
  • MIHAS merupakan acara terulung yang berfungsi sebagai pintu masuk terbaik bagi pasaran dunia menembusi pasaran Muslim di peringkat global.
  • MIHAS berjaya mengharungi cabaran dalam menembusi pasaran yang masih baru serta komited untuk memenuhi permintaan pengguna produk halal dan mendekati generasi yang mencari dan mementingkan produk makanan halal yang berkualiti.

MIHAS dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Layari MIHAS