Pameran dan Persidangan Perdagangan Antarabangsa merupakan satu alat bagi mempromosi perdagangan yang paling berkesan dan kini menjadi perniagaan utama di Malaysia.

Negara ini mempunyai kemudahan berdasarkan standard antarabangsa yang mencukupi untuk menganjurkan pameran dan persidangan antarabangsa di peringkat tempatan.

Pameran dan persidangan semakin berkembang dari segi saiz dan kekompleksan. Bagi mempromosikan industri pameran dan persidangan di negara ini, kerajaan mewajibkan semua acara perdagangan tersebut, sama ada dalam skop tempatan dan antarabangsa, didaftarkan dengan MATRADE.