Laporan Tahunan MATRADE 2024 32 Memudahkan Akses Pasaran 1 Matlamat Program Penggalakan Eksport Sepanjang tahun 2024, pelbagai inisiatif program promosi eksport telah dilaksanakan bagi menyokong usaha pengeksport Malaysia menembusi pasaran antarabangsa yang meliputi sembilan (9) negara ASEAN serta negara-negara di rantau Oceania. Usaha ini sejajar dengan mandat MATRADE untuk memperkukuh produk dan perkhidmatan Malaysia di pasaran serantau yang strategik dan berpotensi tinggi. Program-program promosi eksport tersebut memberi tumpuan kepada sektor-sektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan eksport negara termasuk makanan dan minuman, minyak dan gas, peranti perubatan, pembinaan dan perkhidmatan profesional, elektrik dan elektronik (E&E), teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bahan binaan, gaya hidup serta komponen automotif. Kepelbagaian sektor ini mencerminkan komitmen MATRADE dalam menyediakan sokongan menyeluruh kepada syarikat Malaysia dalam pelbagai industri, serta memperkukuh daya saing mereka di peringkat global. PASARAN ASEAN DAN OCEANIA Program ini telah dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun 2024 merupakan salah satu inisiatif utama promosi eksport bagi rantau berkenaan. Pendekatan hibrid ini membuka ruang bagi syarikat tempatan untuk berinteraksi secara langsung dengan pengimport di rantau ASEAN tanpa sebarang kekangan geografi. Sebanyak enam (6) syarikat pengimport dari Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina telah mengambil bahagian dalam sesi padanan perniagaan ini, dengan fokus kepada sektor makanan dan minuman serta produk pembungkusan dan bekas plastik. Pertemuan perdagangan yang dijalankan secara hibrid ini telah melibatkan 27 syarikat pengeksport dari Malaysia. Antara produk makanan dan minuman yang berjaya menarik minat pengimport di rantau ASEAN termasuklah produk tenusu, bakeri dan pastri serta minuman berasaskan kopi, teh dan koko. Kejayaan ini mencerminkan permintaan berterusan terhadap produk buatan Malaysia dalam kalangan rakan dagang ASEAN serta keberkesanan strategi promosi eksport yang dilaksanakan oleh MATRADE. INSP di antara KVN Import Export (Thailand) & KL Kris Food Industries (Malaysia) Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) ASEAN Hibrid 1 Jan – 31 Dis 2024 27 Syarikat Malaysia
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0