Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 33 INSP di antara Carmart (Fiji) & Everthrough Rubber Products (Malaysia) Program ini telah dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun 2024 juga merupakan salah satu inisiatif strategik utama di bawah promosi eksport MATRADE yang menyasarkan pasaran di rantau Oceania. Pasaran ini merangkumi negara-negara utama seperti Australia, New Zealand, Fiji, Papua New Guinea serta beberapa kepulauan Pasifik lain yang berpotensi tinggi. Melalui pendekatan hibrid yang menggabungkan sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya, program ini telah berjaya membuka lebih banyak peluang akses pasaran untuk pengeksport Malaysia tanpa kekangan jarak dan masa. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan MATRADE dalam memperkasa pengeksport Malaysia dengan maklumat pasaran semasa, Seksyen ASEAN & Oceania telah menganjurkan dua (2) sesi webinar bertajuk “Expand Your Presence In ASEAN: A Session with MATRADE’s Trade Commissioners and Marketing Officer” pada 5 Februari 2024 dan “Australia Market Outlook: Economic Trends, Renewable Energy and Property Insights” pada 15 Mac 2024. Webinar ini telah melibatkan penyertaan semua Pejabat MATRADE di negara-negara ASEAN dan Oceania khususnya Australia dan dilaksanakan secara maya. Bagi webinar ASEAN, topik utama yang dibincangkan termasuk landskap ekonomi dan perdagangan ASEAN, akses pasaran serta prosedur dan pensijilan produk di pasaran luar negara. Selain itu, webinar ini turut mengetengahkan produk dan perkhidmatan yang dikenal pasti mempunyai permintaan tinggi di setiap pasaran ASEAN bagi membantu syarikat tempatan Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) Ocenia Expand Your Presence In ASEAN: A Session with MATRADE’s Trade Commissioners and Marketing Officer Australia Market Outlook: Economic Trends, Renewable Energy and Property Insights Hibrid Maya Maya 1 Jan – 31 Dis 2024 5 Feb 2024 15 Mac 2024 Sebanyak lima (5) syarikat pengimport dari rantau Oceania telah menyertai program ini dengan tumpuan kepada produk berasaskan kayu, getah, pembungkusan dan bekas plastik, serta produk makanan dan minuman. Sesi pertemuan perdagangan yang dijalankan secara hibrid ini melibatkan 12 syarikat pengeksport dari Malaysia. Kejayaan ini mencerminkan minat yang berterusan terhadap produk buatan Malaysia di kalangan pemain industri di pasaran Oceania serta memperkukuh kedudukan MATRADE sebagai agensi peneraju dalam usaha meluaskan capaian pasaran eksport Malaysia secara mampan dan inklusif. Dua (2) sesi webinar: menyasarkan peluang eksport secara lebih strategik. Webinar ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 362 peserta yang mewakili 212 syarikat tempatan merentasi pelbagai sektor. 12 Syarikat Malaysia 212 Syarikat Malaysia 106 peserta 362 peserta Bagi webinar Oceania pula, topik utama yang diketengahkan adalah trend pasaran terkini di Australia yang merangkumi trend ekonomi, tenaga diperbaharui dan hartanah. Dengan hasil kerjasama bersama empat (4) penceramah daripada KPMG Australia, webinar ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 106 peserta.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0