Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 49 SEKTOR PEMBINAAN DAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN MATRADE telah melaksanakan INSP bersempena FIM 2024 pada 29 Mei 2024. Pameran FIM merupakan pameran perdagangan dan persidangan francais terbesar di Asia Tenggara. INSP FIM telah dijalankan dengan kerjasama 6 pejabat MATRADE luar negara iaitu pejabat Dubai, Jeddah, Chennai, Mumbai,Taipei dan Yangon. Secara keseluruhan, MATRADE telah berjaya mengatur sebanyak 150 sesi padanan perniagaan yang disertai oleh 25 syarikat Malaysia dengan 18 syarikat francais dari UAE, Saudi Arabia, India, Taiwan, Cambodia dan Bangladesh. Syarikatsyarikat pembeli ini mempunyai rangkaian luas dalam sektor ini. Sektor produk dan perkhidmatan francais yang menerima permintaan tinggi adalah makanan dan minuman, pendidikan, latihan dan perkhidmatan dobi. Pameran ini merupakan platform berpotensi bagi pemberi francais Malaysia yang ingin meneroka bidang francais dan perniagaan di Australia. MATRADE telah berjaya menyelaras penyertaan enam (6) syarikat Malaysia dalam pameran ini. Astaka Malaysia telah mempamerkan jenama-jenama terkenal francais Malaysia seperti Richiamo Coffee, Smart Reader Kids, Deemcee, Sunbest, Irispro dan Bioscalp yang mewakili segmen seperti makanan dan minuman, pendidikan, kesihatan dan kecantikan serta penyelesaian perlindungan. Sepanjang pameran berlangsung, MATRADE telah berjaya merekodkan 180 mesyuarat perniagaan antara pemberi francais Malaysia dengan penerima berpotensi. Pameran ini telah menarik potensi perniagaan francais sebanyak RM155 juta. Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) bersempena Pameran Francais International Malaysia 2024 (FIM) Franchising & Business Opportunities Expo Kuala Lumpur, Malaysia Melbourne, Australia 29 Mei 2024 17 - 18 Ogos 2024 25 Syarikat Malaysia 6 Syarikat Malaysia Potensi perniagaan francais RM155 juta 180 mesyuarat perniagaan 150 sesi padanan perniagaan
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0