Laporan Tahunan MATRADE 2024 50 Pameran BuildXpo merupakan ITF yang komprehensif yang memberi fokus kepada industri pembinaan termasuk bahan binaan serta perkhidmatan profesional berkaitan dengan industri binaan, yang diadakan berikutan penganjuran Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) ke-24, anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan dihoskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR), pada 22 sehingga 24 Oktober 2024. Sempena pameran ini, MATRADE telah melaksanakan INSP pada 22 Oktober 2024. INSP ini telah disertai oleh 11 pembeli asing dari Jerman, Hong Kong SAR, Thailand, Viet Nam, Filipina, Kemboja dan Kazakhstan, di mana 47 sesi padanan perniagaan telah diaturkan bersama 22 syarikat Malaysia. Pembeli asing yang menyertai program ini merupakan syarikat yang telah dipilih berdasarkan kepada kriteria pemilihan yang telah ditetapkan bersama pihak penganjur. Program penyumberan ini telah memcatatkan potensi jualan sebanyak RM152.20 juta. Produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi adalah terdiri daripada perkhidmatan rundingan, produk modular, konkrit, perisian Building Information Modelling (BIM), dan perancah pembinaan. Big 5 Dubai merupakan ITF terbesar bagi sektor pembinaan dan bahan binaan di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang telah disertai oleh MATRADE sejak tahun 2001. Pameran ini menyediakan satu platform strategik dan efektif yang dapat mengembangkan akses ke rantau MENA serta membolehkan syarikat-syarikat Malaysia mencari rakan niaga di dalam projek-projek pembinaan di rantau tersebut. Pada tahun 2024, MATRADE telah berjaya menyelaras penyertaan sebanyak 13 buah syarikat di bawah astaka Malaysia di pameran ini yang telah diadakan pada 26 hingga 29 November 2024 di Dubai, UAE. Sebanyak 166 sesi padanan perniagaan antara syarikat Malaysia dengan pengimport dan pengedar telah diatur sepanjang pameran ini. Antara produk dan perkhidmatan yang mendapat sambutan dari Malaysia adalah batu bata, peralatan elektrik, produk berasaskan polimer dan juga juga spun piles. Astaka Malaysia di Big 5 Global 2024 Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) bersempena Pameran BuildXpo 2024 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Kuala Lumpur, Malaysia 26-29 Nov 2024 22 Okt 2024 13 Syarikat Malaysia 22 Syarikat Malaysia Potensi jualan RM152.2 juta Jumlah jualan exkport RM265.53 juta 47 sesi padanan perniagaan
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0