Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 7 Mengenai MATRADE Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah sebuah agensi promosi perdagangan nasional di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab untuk menempatkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif. Ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992, misi utamanya adalah untuk mempromosikan perusahaan Malaysia ke pasaran dunia. MATRADE memainkan peranan aktif dalam membantu syarikat Malaysia berkembang maju untuk menembusi pasaran antarabangsa dan bertapak di luar negara dengan menyediakan program latihan, bimbingan serta khidmat nasihat. Di samping itu, MATRADE turut menyediakan maklumat dan risikan pasaran serta menggiatkan aktiviti promosi eksport untuk syarikat Malaysia. Melalui usaha ini, MATRADE membantu meluaskan akses pasaran serta meningkatkan profil syarikat Malaysia dalam pasaran asing. MATRADE meneruskan inisiatif bagi memastikan kelangsungan eksport dengan memanfaatkan teknologi dan platform digital. Usaha ini membolehkan MATRADE melaksanakan mandatnya memacu eksport dan menjadikan Malaysia sebuah negara perdagangan yang kompetitif di persada antarabangsa. Jangkauan Global MATRADE mempunyai 49 pejabat perdagangan luar negara yang terletak di bandar-bandar komersial utama dunia di samping enam (6) pejabat cawangan wilayah di Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Bakat Insan MATRADE percaya bahawa warga kerja adalah tunjang utama organisasi dan komited dalam memesatkan pembangunan intelek, mengukuhkan keupayaan kepimpinan dan meningkatkan prestasi organisasi. MATRADE memberi tumpuan kepada penyediaan latihan dan pembangunan program pementoran serta pembelajaran yang bersesuaian di tempat kerja. Dengan budaya korporat yang kukuh, MATRADE komited untuk menyediakan peluang bagi setiap warga kerja berkhidmat dengan lebih cemerlang. MISI MEMPROMOSI ENTERPRIS MALAYSIA KE PASARAN DUNIA VISI MENEMPATKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA PERDAGANGAN GLOBAL YANG KOMPETITIF

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0