Laporan Tahunan MATRADE 2024 8 Fungsi Teras MATRADE memberi fokus dalam pelaksanaan dan penyampaian empat (4) fungsi teras iaitu: 1. Memudahkan akses ke pasaran luar negara melalui pelbagai program promosi perdagangan seperti ITF, EAM, INSP dan sesi padanan perniagaan. 2. Mendigitalisasikan eksport bagi menggalakkan penggunaan platform e-Dagang untuk mengembangkan eksport negara melalui perdagangan dalam talian. 3. Menyediakan risikan pasaran untuk syarikat Malaysia memantau dan menerokai pasaran eksport. 4. Memperkasa pelan eksport negara sejajar dengan peranan MATRADE sebagai pemangkin untuk meningkatkan eksport negara. Matlamat Kami Lapan (8) matlamat utama MATRADE sebagai organisasi promosi perdagangan nasional diringkaskan seperti berikut: Pembangunan Pengeksport Membantu dan meningkatkan kebolehan syarikat Malaysia dalam mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa. MATRADE menyediakan latihan kepada syarikat Malaysia terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui penganjuran seminar dan bengkel. Selain itu, MATRADE juga melaksanakan program pembangunan pengeksport untuk membantu syarikat Malaysia mempersiapkan diri meneroka peluang eksport di luar negara. Ia antara lain membabitkan latihan dalam bidang perniagaan, peningkatan kemahiran, jaringan hubungan, promosi antarabangsa, kepimpinan dan keusahawanan. Ini membolehkan entiti perniagaan lebih berdaya tahan dan mampan di peringkat antarabangsa. Penggalakan Eksport Membantu syarikat Malaysia menembusi pasaran antarabangsa melalui penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa (ITF), misi akselerasi eksport (EAM), program penyumberan antarabangsa (INSP) dan misi perdagangan dan pelaburan (TIM). Sebagai agensi promosi perdagangan nasional, MATRADE sering menjadi pusat rujukan bagi pertanyaan dan kunjungan dari pembeli asing serta memainkan peranan penting untuk menganjurkan program padanan perniagaan di antara mereka dengan syarikat Malaysia. Maklumat Perdagangan dan Pasaran MATRADE menyediakan risikan pasaran dan maklumat terkini seperti perubahan trend pasaran, jangkaan pelanggan, gangguan rantaian bekalan global dan halangan bukan tarif. Risikan pasaran ini diedarkan kepada pengeksport melalui pelbagai laporan dan kajian serta penerbitan perdagangan antarabangsa yang dapat diakses dengan mudah seperti Market Alert (MA), Product Market Study (PMS), Trade Leads dan MATRADE Insight (MI). Selain itu, MATRADE juga menyediakan akses dalam talian kepada bahan risikan komersial lain di Pusat Informasi Perniagaan (BIC). Khidmat Nasihat & Sokongan MATRADE menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan yang diperlukan oleh syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran luar negara. Antara maklumat yang diberi adalah berkaitan tatacara mengeksport serta informasi pasaran, produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi di luar negara. Khidmat nasihat perdagangan dan sokongan ini juga disediakan semasa program jangkauan seperti penyertaan kaunter informasi di persidangan dan pameran antarabangsa di Malaysia. 5. Membina kesediaan eksport untuk mempersiapkan syarikat Malaysia menerokai pasaran eksport melalui program pembangunan pengeksport. 6. Meluaskan komuniti pengeksport dengan menawarkan khidmat nasihat perdagangan dan sokongan. 7. Menyediakan sokongan khusus untuk mengukuhkan daya saing syarikat Malaysia dan meningkatkan aktiviti promosi eksport. 8. Memperkasa jenama Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan saluran supaya pengeksport boleh memanfaatkannya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0