Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 79 Pentadbiran Korporat Pentadbiran Pada tahun 2024, Unit Pentadbiran telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik yang merangkumi pengurusan operasi dalaman, keselamatan, kelestarian, pengoptimuman aset serta pembangunan komuniti. Keseluruhan usaha ini menyokong matlamat MATRADE untuk memperkukuh tadbir urus, meningkatkan produktiviti serta memastikan persekitaran kerja yang selamat, cekap dan mampan. 1. TRANSFORMASI RUANG KERJA DAN KELESTARIAN Unit Pentadbiran telah melaksanakan projek pengubahsuaian ruang di Aras 2 dan Aras Lantai Menara MATRADE dengan memberi tumpuan kepada: • Penyediaan konsep ruang kerja terbuka dan fleksibel bagi memupuk kolaborasi serta meningkatkan produktiviti; • Pengoptimuman penggunaan ruang pejabat untuk menyesuaikan keperluan kerja kontemporari; dan • Menyokong amalan kelestarian melalui reka bentuk yang kondusif dan efisien. Transformasi ini memberi nilai tambah terhadap suasana kerja yang lebih moden, dinamik dan responsif kepada keperluan organisasi. 2. PENTADBIRAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN KERJA WARGA MATRADE Beberapa langkah utama telah dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan warga MATRADE: a. Spring Cleaning • Aktiviti pembersihan berkala pada setiap hari Jumaat minggu kedua atau ketiga setiap bulan yang melibatkan Ibu Pejabat, Pejabat Cawangan dan Pejabat Perdagangan luar negara. • Tujuan inisiatif ini adalah untuk memastikan ruang kerja sentiasa bersih, selamat serta bebas risiko penyakit selaras dengan usaha mewujudkan organisasi yang Gemilang, Terbilang dan Cemerlang (GTC). b. MATRADE Sihat • Aktiviti senaman ringan diadakan setiap hari bermula 8.30 pagi dengan iringan muzik yang bersesuaian. Aktiviti di lakukan di kawasan lapangan setiap aras atau ruang kerja selama 2 sehinnga 5 minit bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan gaya hidup aktif dan kesejahteraan fizikal warga MATRADE. c. Program Building Emergency Response Team (BERT) Unit Pentadbiran telah mengambil langkah proaktif dengan mengkoordinasi Program Latihan BERT yang dianjurkan bersama pihak-pihak berkepentingan di Menara MATRADE seperti Akademi Sains Negara (ASM), Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO). Latihan ini memberi tumpuan kepada: • Pemahaman keperluan keselamatan kebakaran & Perakuan Bomba; • Peranan dan tanggungjawab dalam Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK), termasuk Pegawai Sistem Keselamatan Kebakaran (FSM) dan Pegawai Keselamatan Kebakaran (FSO); • Pendedahan penggunaan alat pemadam api dan hos reel; dan • Pembentukan pasukan tindak balas kecemasan dalaman yang cekap dan bersedia sebagai barisan hadapan sebelum ketibaan pasukan penyelamat profesional. Impak program termasuk peningkatan kompetensi keselamatan, kesediaan menghadapi kecemasan dan penyelarasan efektif antara agensi dalam bangunan.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0