Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 89 Fungsi Teras Unit Integriti Pelaksanaan Inisiatif Tadbir Urus dan Antirasuah Unit Integriti melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut: 1. Tadbir Urus Memastikan pelaksanaan tadbir urus terbaik dalam semua aspek pengurusan dan operasi organisasi. 2. Pengukuhan Integriti Membangun, memperkukuh dan menginstitusikan budaya integriti secara menyeluruh dalam organisasi. 3. Pengesanan dan Pengesahan Mengesan dan mengesahkan aduan berkaitan salah laku jenayah, pelanggaran tatakelakuan serta etika organisasi. Menyediakan cadangan tindakan susulan yang bersesuaian serta melaporkan kes kepada agensi penguatkuasaan yang berkenaan. 4. Pengurusan Aduan Mengurus dan mengambil tindakan terhadap semua aduan atau maklumat berhubung salah laku jenayah, ketidakpatuhan etika dan tatakelakuan. 5. Pematuhan Memantau serta memastikan pematuhan terhadap semua undang-undang, peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa. 6. Tatatertib Melaksanakan tanggungjawab sebagai Urus Setia kepada Lembaga Tatatertib MATRADE. Bagi menyokong aspirasi Kerajaan dalam membanteras rasuah serta meningkatkan kecekapan tadbir urus, MATRADE telah memperkenalkan dan melaksanakan beberapa pelan dan sistem pengurusan antirasuah termasuk: 1. Pelan Antirasuah MATRADE (Organisational AntiCorruption Plan – OACP) 2021–2025 Melibatkan pelaksanaan 88 inisiatif merangkumi lima (5) bidang keutamaan iaitu pentadbiran, tadbir urus, sumber manusia, perolehan dan kewangan serta undang-undang. Sehingga akhir tahun 2023, sebanyak 44 inisiatif telah berjaya dilaksanakan. 2. Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management – CRM) Kaedah pengurusan risiko yang sistematik untuk mengenal pasti, menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah dalam proses kerja serta memperkukuh tadbir urus organisasi secara menyeluruh. 3. Sistem Pengurusan Antirasuah MS ISO 37001:2016 (AntiBribery Management System – ABMS) Sistem kawalan dalaman yang komprehensif dan fleksibel bagi mencegah, mengesan,mengurusserta menambah baik langkah-langkah pengurusan antirasuah secara sistematik dan berkesan. Pelaksanaan pelan dan sistem ini mencerminkan komitmen tinggi MATRADE terhadap integriti organisasi dan menjadi bukti kepada pihak berkepentingan bahawa inisiatif antirasuah dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten. Integriti, Audit Dalaman dan Pematuhan Undang-Undang Integriti Unit Integriti berperanan sebagai tonggak utama dalam memperkukuh budaya kerja profesional berteraskan nilai moral, etika kerja yang tinggi dan tatakelola korporat berintegriti. Penubuhan unit ini sejajar dengan komitmen MATRADE untuk membentuk persekitaran kerja yang bebas rasuah serta mendukung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan pematuhan terhadap undangundang serta peraturan yang berkuat kuasa.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0