Soalan 20
Tugas tadbir urus adalah satu fungsi teras yang penting dalam pengurusan integriti agensi. Fungsi ini berperanan untuk memastikan tadbir urus terbaik dapat dilaksanakan dalam usaha untuk memperkukuhkan integriti pegawai dan kakitangan di Kementerian/ Agensi/ Jabatan serta menangani isu-isu berkaitan integriti terutamanya perilaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Secara amnya, tugas tadbir urus adalah mengenalpasti risiko-risiko rasuah dan pelanggaran integriti dalam organisasi serta melaksanakan penambahbaikan sistem dan prosedur organisasi terbabit dalam menangani ruang dan peluang berlakunya rasuah.