Majlis merai 49 syarikat terdiri daripada 26 syarikat Bumiputera dan 23 syarikat Wanita, yang telah menyertai dan tamat Program Pembangunan Pengeksport
Bumiputera [BEDP] dan Wanita [WEDP] bagi tempoh 3 tahun, [Ambilan Jun 2011 hingga Mei 2014 dan Januari 2012 hingga Disember 2014].

Kedua–dua program ini merupakan inisiatif khusus MATRADE untuk usahawan Bumiputera dan Wanita yang berpotensi bagi menerokai pasaran antarabangsa. Program ini bertujuan
untuk membangun usahawan Bumiputera dan Wanita agar menjadi lebih berdaya saing, berkeyakinan dan berupaya untuk mengenalpasti peluang pasaran eksport dan menjadi
pengeksport yang mampan.

Diantara insentif yang di terima adalah peluang untuk menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa, menghadiri bengkel, latihan dan seminar berkaitan pasaran eksport disamping
menjalin jaringan perniagaan dan berkongsi maklumat perniagaan diantara peserta.

Sehingga kini, terdapat sebanyak 193 buah syarikat, iaitu sebanyak 113 syarikat Bumiputera dan 80 syarikat milikan Wanita, telah menerima manfaat daripada program BEDP dan
WEDP. Syarikat–syarikat tersebut terdiri daripada pelbagai sektor merangkumi Minyak dan Gas, ICT, Kesihatan, Makanan & Minuman, Perabot, Elektrikal & Elektronik, Perkhidmatan,
Gaya Hidup serta lain-lain lagi.

Antara syarikat dibawah program BEDP yang berjaya mencatat jumlah jualan eksport yang memberangsang dan berjaya mengeksport ke lebih daripada Tiga (3) pasaran antarabangsa
adalah Fikrisz Sdn. Bhd., Ryverra Chocolate & Confectionary Sdn. Bhd., MDC Publisher Sdn. Bhd., Darul Intelek Sdn. Bhd., Gading Kencana Sdn. Bhd. dan DreamEdge Sdn. Bhd.
Manakala bagi syarikat di bawah program WEDP, syarikat yang berjaya menembusi lebih daripada Tiga (3) pasaran antarabangsa ialah Fatihah Frozen Sdn. Bhd., Kampong Kravers Sdn.
Bhd. dan Ken-Rich Chemicals Sdn. Bhd.

Kejayaan menembusi pasaran global merupa satu peningkatan yang besar untuk sesebuah syarikat. Walaubagaimanapun, cabaran seterusnya adalah untuk mengekal pasaran export
semasa selain terus berusaha untuk menembusi pasaran baru.

Dalam suasana dunia yang tidak menentu kini, syarikat perlu mempunyai pelan perancangan yang efektif, mengguna sumber yang sedia ada dengan optimum serta memasti kemaihran
dan pegetahuan eksport yang mencukupi supaya dapat memasti kelangsungan entity perniagaan di masa hadapan.

Antara pasaran eksport utama yang telah diterokai adalah Vietnam, China, UAE, Jepun, dan Singapura.

Program E-Trade, Go – Ex dan Mid-Tier MATRADE
MATRADE telah mewujud tiga program lain iaitu Program eTrade, Go-Ex dan Program Mid- Tier.
Program E-Trade merupa inisiatif di bawah Digital Malaysia bertujuan untuk menggalak eksport syarikat PKS tempatan melalui pemasaran dalam talian dengan menyertai e-pasaran yang
ternama di peringkat antarabangsa.
Untuk fasa pertama, MATRADE bekerjasama dengan Alibaba.com untuk menawar PKS Malaysia peluang untuk mendekati ratusan juta pembeli dalam talian di seluruh dunia.
PKS yang lulus akan diberi e-baucar bernilai RM1,000, yang boleh digunakan untuk membayar sebahagian daripada yuran langganan ‘Alibaba e-Trade Global Gold Supplier Package’
RM2,000.
Pendaftaran boleh di buat di laman web MATRADE www.matrade.gov.my/en/etrade.
Program Go-Ex merupa program yang memberi fokus kepada syarikat terpilih yang bersedia untuk mengeksport atau syarikat yang berpotensi tinggi yang sudah mengeksport untuk
memasar produk baru mereka atau mencari pasaran baru.
Program ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh PKS di dalam usaha untuk menembusi pasaran baru di luar negara disebabkan kos yang tinggi dan kurang
pengetahuan tentang pasaran serta pesaing di negara tersebut.

Objektif program ini adalah untuk membangun syarikat IKS tempatan untuk menjadi lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping menyedia jalinan perniagaan.
Program ini menyedia khidmat nasihat perdagangan berdasar kepada keperluan semasa syarikat melalui Penasihat Pasaran (Market Advisor) dan Penghubung Pasaran (Market Linker)
yang telah dikenalpasti dan dilantik oleh MATRADE.

Program ini menyasar untuk membantu sebanyak 1,400 syarikat IKS dari 8 sektor utama iaitu Minyak dan Gas, Elektrik & Elektronik, ICT, Kesihatan, Bahan Binaan, Gaya Hidup,
Makanan dan Minuman serta Automotif.

Program Mid-Tier merupakan program yang memberi fokus kepada syarikat BUKAN IKS dengan jualan tahunan antara RM50 Juta hingga RM500 Juta bagi Sektor Pembuatan dan RM20
Juta hingga RM500 Juta bagi Sektor Perkhidmatan.

Program ini direka khas bagi keperluan khusus syarikat yang terlibat. 4 elemen utama yang di beri penekanan di program ini ialah:
i. Menembusi Pasaran Baru dengan menghubung syarikat kepada rangkaian rakan niaga dan pengedar.
ii. Akses kepada Pembiayaan Pengenalan kepada pelabur antarabangsa dan tempatan yang berpotensi, pengenalan kepada Pemodal Teroka (Venture Capitalist) serta kepada institusi – institusi kewangan.
iii. Teknologi Baru menyedia pautan kepada teknologi terkini serta rakan-kongsi teknologi untuk memangkin inovasi, pertumbuhan dan pembangunan syarikat.
iv. Nasihat perniagaan melalui Perunding Pengurusan Antarabangsa yang berpengalaman.

Fokus sektor berdasarkan kepada sektor NKEA seperti Perniagaan dan Perkhidmatan Profesional; Bahan Kimia; Pembinaan; Pendidikan; Elektrik dan Elektronik; Perkhidmatan Kewangan;
Makanan dan Minuman; Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan; Hospitaliti dan Pelancongan; Maklumat dan Komunikasi; Jentera dan Peralatan; Minyak dan Gas; Farmaseutikal; Tekstil dan
Pakaian; Kelengkapan Pengangkutan; Pengangkutan serta Perkhidmatan Logistik.