Women in Export (WiEX) Forum 2025
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan kerjasama HAWA Malaysia akan menganjurkan Women in Export (WiEX) Forum 2025 pada 10 Jun 2025 (Selasa) bertempat di Dewan MATRADE, Tingkat 3, Kuala Lumpur.
WiEX Forum 2025 merupakan platform khusus bagi memperkasa usahawan wanita dalam perdagangan antarabangsa, dengan objektif utama seperti berikut:
- Memberikan pendedahan berkaitan ekosistem dan peluang dalam perdagangan global;
- Mewujudkan jaringan strategik dalam kalangan usahawan wanita tempatan dan antarabangsa;
- Berkongsi kisah kejayaan serta amalan terbaik yang mampu memberikan inspirasi dan motivasi kepada peserta.
Penganjuran forum ini adalah selaras dengan komitmen berterusan kerajaan dalam merangka hala tuju perdagangan yang lebih inklusif dan menyeluruh. Program ini juga menyokong agenda pemerkasaan wanita agar lebih berdaya saing dan bersedia untuk menembusi pasaran global.
Forum ini akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menjangkakan penyertaan seramai 800 orang usahawan wanita daripada pelbagai sektor awam dan swasta.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
- Norasyikin Jamaludin
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-6207 7512
- Rozana Abdul Razak
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-6207 7510
- Norzulaila Mohd Dzafri
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel: 03-6207 7360