bg bannerBox whistleblowing min

WHISTLEBLOWER

MATRADE telah mewujudkan Dasar Pemberi Maklumat (Whistleblower Policy) bagi menyalurkan maklumat kelakuan tidak wajar dan mengesan unsur-unsur salah laku jenayah (penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah), pelanggaran tatakelakuan dan pelanggaran etika organisasi oleh warga MATRADE.

Polisi ini memberi peluang kepada warga MATRADE/ orang awam untuk mendedahkan sebarang kelakuan yang tidak beretika atau penyelewengan melalui berikut:

  • Aduan boleh dibuat dengan hadir ke Unit Integriti MATRADE atau menghubungi
    Pegawai Integriti dan mengemukakan Borang UI/06: Aduan Integriti kepada.

Ketua Unit Integriti MATRADE
Tingkat 2, East Wing, Menara MATRADE
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

atau emel dan sertakan dokumen yang berkenaan kepada
Emel: whistleblower[@]matrade.gov.my


PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Pemberi maklumat akan diberi perlindungan di bawah Dasar ini jika pendedahan yang dibuat adalah benar dan jujur. Perlindungan Pemberi Maklumat adalah termaktub di dalam Garis Panduan Pelaksanaan Polisi Pemberi Maklumat MATRADE.

Pemberi Maklumat Perlulah mengemukakan butiran seperti berikut:

  1. Nama;
  2. Jawatan;
  3. Unit/ Bahagian;
  4. Emel, nombor telefon; dan
  5. Alamat

KERAHSIAAN

MATRADE akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan identiti dan maklumat peribadi Pemberi Maklumat akan dilindungi pada setiap masa dan disimpan secara rahsia, sehingga ke satu tahap yang munasabah. Maklumat anda adalah selamat.