Program Pembangunan Pengeksport Baru
Pengumuman
Dengan hormatnya MATRADE ingin memaklumkan kepada semua pengeksport Malaysia bahawa Program Pembangunan Eksport Bumiputera, Wanita dan Belia telah ditangguhkan sehingga pemberitahuan selanjutnya. Segala kesulitan yang timbul amat dikesali.
Bagi syarikat yang baru mengeksport, MATRADE mempunyai tiga program intensif untuk mempercepatkan tahap kesediaan eksport untuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS). Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP), Program Pembangunan Pengeksport Belia (YEDP) and Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) merupakan kemudahan sokongan eksport untuk kumpulan sasaran dimana setiap satu disesuaikan khusus untuk meningkatkan pembangunan eksport dan prestasi melibatkan tiga kumpulan utama yang terdiri daripada Wanita, Belia dan Bumiputera. Statistik telah menunjukkan bahawa ketiga - tiga kumpulan ini dari segi sejarah menunjukkan tahap penyertaan eksport yang rendah di Malaysia.
Syarikat yang berminat dengan program khusus WEDP, YEDP dan BEDP boleh memohon terus dengan menghubungi unit berkenaan di talian yang tertera di bawah. Permohonan mesti dibuktikan dengan dokumen yang disahkan dan semua pemohon mesti memenuhi standard kriteria penyertaan. Syarikat yang telah berjaya disenarai pendek akan tertakluk kepada audit, temu duga dan penilaian oleh MATRADE sebelum pemilihan akhir.
MATRADE menggunakan model Exporters' Readiness and Capability Assessment (ERCA) untuk menilai syarikat untuk dipilih ke dalam program tersebut. Syarikat terpilih akan menjalani program tersebut selama tiga tahun.
Kriteria:
Program | Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) | Program Pembangunan Pengeksport Belia (YEDP) | Program Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) |
---|---|---|---|
Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan | Wanita | Belia | Bumiputera |
Ekuiti | Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh wanita |
Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh belia |
Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% dimiliki oleh Bumiputera |
Status Syarikat |
|
||
Local Business Presence |
|
||
Sektor Industri | Terbuka. Sama ada barangan atau perkhidmatan |
WEDP ialah program sokongan eksport tiga tahun disasarkan untuk pengeksport wanita. WEDP bermula pada tahun 2005 dengan matlamat untuk menggalakkan syarikat milik wanita yang berdaya saing dan mampan untuk mengembangkan eksport produk dan perkhidmatan mereka.
Siapa yang boleh memohon?
Secara ringkas, kriteria kelayakan termasuk syarikat milik wanita di mana majoriti atau sekurang-kurangnya 51 peratus ekuiti dipegang oleh wanita. Ketua Pegawai Eksekutif dan/atau Pengarah Urusan mestilah wanita. Keperluan lain termasuklah diklasifikasikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), telah beroperasi selama sekurang-kurangnya tiga tahun, telah mencapai level of market visibility di dalam negara, dan mempunyai premis perniagaan tetap atau tempat pembuatan.
Syarikat yang disenarai pendek akan diaudit dan dinilai oleh jawatankuasa yang terdiri daripada TERAJU, PUNB, MARA, MITI dan MATRADE. Penilaian adalah berdasarkan audit, temuramah dan markah berdasarkan model Exporter's Readiness and Capability Assessment (ERCA).
Perbelanjaan yang disokong dan faedah menyertai program:
WEDP ialah program hand-holding intensif yang melibatkan bimbingan perniagaan khusus, latihan peningkatan kemahiran, pendedahan perniagaan antarabangsa dan market immersions, rangkaian dan sesi bimbingan, serta pembangunan kepimpinan dan keusahawanan.
Syarikat dalam program ini menerima sedikit sokongan kewangan dalam bentuk lawatan bantuan ke pameran perdagangan antarabangsa atau acara promosi perdagangan antarabangsa yang lain dan penyertaan bebas terpilih dalam seminar dan bengkel anjuran MATRADE.
Kriteria Kelayakan dan Pemilihan
- Syarikat itu mesti dimiliki oleh wanita dengan majoriti, atau sekurang-kurangnya 51% daripada ekuiti yang dipegang oleh wanita. Pegangan saham majoriti boleh melalui individu wanita tunggal atau sekumpulan pemegang saham wanita.
- Ketua Pegawai Eksekutif dan/atau Pengarah Urusan mestilah wanita. Keperluan yang ditetapkan untuk jawatan kepimpinan disandang oleh seorang wanita ini dianggap penting, kerana program ini menekankan pembangunan kepimpinan individu di dalam position of power.
- Syarikat untuk WEDP mesti menepati definisi nasional Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
- Syarikat mesti beroperasi selama sekurang-kurangnya tiga tahun dan mempunyai level of market footprint/presence/saham dalam pasaran tempatan.
- Syarikat yang berurusan dengan barangan atau perkhidmatan mesti mempunyai premis perniagaan atau fasiliti pembuatan yang tetap dengan alamat khusus dan bukan Peti Surat sahaja. Syarikat milik wanita yang berpangkalan di Sabah dan Sarawak boleh diberi keutamaan untuk WEDP, atas dasar mempelbagaikan pertumbuhan sosio-ekonomi serantau.
- Keutamaan istimewa akan diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam industri berasaskan teknologi, mempunyai nilai tambah tinggi dan berasaskan pengetahuan. Jenis industri ini termasuk pembuatan alat ganti berketepatan tinggi, bioteknologi, kejuruteraan bioperubatan, animasi dan sistem pengawasan lanjutan dan sebagainya dan secara amnya bukan tradisional kepada usahawan wanita.
BEDP ialah satu lagi program sokongan eksport khusus yang disasarkan untuk syarikat Bumiputera. Dimulakan pada tahun 2004, ia hampir sama dan diuruskan mengikut barisan yang sama seperti WEDP dan YEDP. Ia juga merupakan program tiga tahun dengan objektif untuk mengembangkan pengeksport Bumiputera yang berdaya saing dan mampan.
Siapa yang boleh memohon?
Pemohon yang layak adalah syarikat milik Bumiputera dengan majoriti atau sekurang-kurangnya 51% ekuiti dimiliki oleh Bumiputera. Ketua Pegawai Eksekutif dan/atau Pengarah Urusan hendaklah seorang Bumiputera. Pemohon mesti diklasifikasikan sebagai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), beroperasi sekurang-kurangnya tiga tahun, mencapai tahap pengiktirafan/penonjolan pasaran yang boleh diterima dalam pasaran domestik Malaysia, dan mempunyai premis perniagaan atau fasiliti pembuatan tetap.
Syarikat yang disenarai pendek akan diaudit dan dinilai oleh jawatankuasa yang terdiri daripada TERAJU, PUNB, MARA, MITI dan MATRADE. Penilaian adalah berdasarkan audit, temuramah dan markah berdasarkan model Exporter's Readiness and Capability Assessment (ERCA).
Perbelanjaan yang disokong dan faedah menyertai program:
Sama seperti WEDP, BEDP terdiri daripada beberapa inisiatif sokongan termasuk latihan peningkatan kemahiran, kepimpinan dan pembangunan keusahawanan, rangkaian dan sesi mentor, bimbingan perniagaan khusus dan pendedahan perniagaan antarabangsa serta penerokaan pasaran.
Syarikat-syarikat dalam BEDP juga diperkenalkan kepada peluang dan persaingan dalam pasaran antarabangsa dan diberi sokongan kewangan dalam bentuk lawatan bantuan ke pameran perdagangan antarabangsa atau mana-mana acara promosi perdagangan antarabangsa lain yang sesuai dengan keperluan mereka. Syarikat BEDP juga diberikan tahap penyertaan percuma dalam seminar dan bengkel anjuran MATRADE sepanjang program tiga tahun itu.
Kriteria Kelayakan dan Pemilihan
- Mestilah syarikat milik Bumiputera dengan majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada ekuiti syarikat milik Bumiputera. Pegangan saham Bumiputera dalam syarikat boleh dipegang oleh sama ada individu atau sekumpulan pemegang saham Bumiputera.
- Ketua Pegawai Eksekutif dan/atau Pengarah Urusan mestilah seorang Bumiputera. Oleh kerana BEDP memfokuskan dalam membangunkan traits di dalam seseorang yang penting, penetapan untuk jawatan kepimpinan tertinggi (CEO/MD/atau COO) untuk menjadi Bumiputera sebenarnya agak penting. Ini kerana individu teratas akan menjadi orang yang membuat keputusan kritikal dan memutuskan hala tuju syarikat.
- Syarikat itu mesti berada di bawah takrifan baharu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
- Syarikat mesti beroperasi selama sekurang-kurangnya tiga tahun dan mempunyai level of market footprint/presence/saham dalam pasaran tempatan.
- Syarikat yang berurusan dengan barangan atau perkhidmatan mesti mempunyai premis perniagaan atau fasiliti pembuatan yang tetap dengan alamat khusus dan bukan Peti Surat sahaja. Syarikat milik bumiputera yang berpangkalan di Sabah dan Sarawak boleh diberi pertimbangan khusus untuk BEDP, atas dasar mempelbagaikan pertumbuhan sosio-ekonomi serantau.
- Syarikat bumiputera yang terlibat dalam industri yang dipacu teknologi, mempunyai nilai tambah tinggi dan industri berasaskan pengetahuan boleh diberi keutamaan. Jenis industri ini termasuk pembuatan alat ganti berketepatan tinggi, bioteknologi, kejuruteraan bioperubatan, animasi dan sistem pengawasan lanjutan dan lain - lain.
Program tiga tahun khusus dan disasarkan untuk belia, antara umur 20 hingga 40 tahun, yang berminat atau sudah terlibat dalam eksport. YEDP merangkumi pelbagai sektor tetapi memberi pertimbangan khusus kepada 'soft export' daripada industri kreatif seperti seni, muzik, fesyen, gaya hidup, kraf, reka bentuk dan lain-lain. Program ini merupakan program baru dan telah dimulakan pada 2014.
Siapa yang boleh memohon?
Ketua Pegawai Eksekutif dan/atau Pengarah Urusan mestilah berumur antara 20 hingga 40 tahun. Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada ekuiti firma itu mesti dipegang oleh belia yang berumur antara 20 hingga 40 tahun. Syarikat itu juga mesti beroperasi sekurang-kurangnya 3 tahun dan mempunyai footprint dalam pasaran domestik Malaysia.
Syarikat yang disenarai pendek akan diaudit dan dinilai oleh jawatankuasa yang terdiri daripada TERAJU, PUNB, MARA, MITI dan MATRADE. Penilaian adalah berdasarkan audit, temuramah dan markah berdasarkan model Exporter's Readiness and Capability Assessment (ERCA).
Perbelanjaan yang disokong dan faedah menyertai program:
YEDP dijalankan sama seperti WEDP dan BEDP merupakan program hand-holding intensif yang melibatkan bimbingan perniagaan khusus. Program ini melibatkan bimbingan perniagaan khusus dan khidmat nasihat eksport, latihan peningkatan kemahiran, kepimpinan dan pembangunan keusahawanan, sesi rangkaian dan bimbingan serta pendedahan perniagaan antarabangsa dan penerokaan pasaran.
Syarikat YEDP diberi tahap sokongan kewangan dalam bentuk lawatan bersubsidi ke pameran perdagangan antarabangsa atau sebarang acara promosi perdagangan antarabangsa lain yang akan membolehkan pendedahan maksimum, pengalaman pembelajaran dan peningkatan syarikat di arena antarabangsa. Syarikat dalam program YEDP juga diberi akses kepada penyertaan percuma dalam seminar dan bengkel anjuran MATRADE.
Kriteria Kelayakan dan Pemilihan
- Majoriti ekuiti atau sekurang-kurangnya 51% daripada ekuiti syarikat mestilah berada di tangan belia yang berumur antara 20-40 tahun. Pegangan saham majoriti boleh dipegang oleh seorang individu belia tunggal atau sekumpulan belia sebagai pemegang saham majoriti.
- Ketua Pegawai Eksekutif dan/atau Pengarah Urusan mestilah seorang belia. Keperluan yang ditetapkan untuk jawatan kepimpinan disandang oleh belia ini dianggap penting, kerana program ini menekankan pembangunan kepimpinan individu sebagai jawatan yang paling berkuasa.
- Syarikat untuk YEDP mesti menepati definisi nasional Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
- Syarikat mesti beroperasi selama sekurang-kurangnya tiga tahun dan mempunyai level of market footprint/presence/saham dalam pasaran tempatan.
- Syarikat yang berurusan dengan barangan atau perkhidmatan mesti mempunyai premis perniagaan atau fasiliti pembuatan yang tetap dengan alamat khusus dan bukan Peti Surat sahaja. Syarikat milik belia yang berpangkalan di Sabah dan Sarawak boleh diberi pertimbangan khusus dalam pemilihan YEDP, atas dasar mempelbagaikan pertumbuhan sosio-ekonomi serantau.
- PKS yang terlibat dalam industri berasaskan teknologi, mempunyai nilai tambah tinggi dan berasaskan pengetahuan akan diberi tumpuan khusus. Jenis industri ini termasuk pembuatan alat ganti berketepatan tinggi, bioteknologi, kejuruteraan bioperubatan, animasi dan sistem pengawasan lanjutan dan lain-lain.
Faedah:
PKS yang dipilih untuk sama ada program WEDP, YEDP atau BEDP boleh memperoleh faedah berikut daripada program tiga tahun:
- Bimbingan perniagaan dan intensive hand-holding support. okongan eksport akan disediakan oleh pegawai berpengalaman dan terlatih yang mempunyai pengetahuan luas dalam promosi eksport melalui pendedahan selama bertahun-tahun dalam perdagangan eksport. Jurulatih disokong oleh pegawai dari Unit Pembangunan Pengeksport Wanita, Belia dan Bumiputera yang akan berkhidmat sebagai pegawai projek perhubungan yang bertanggungjawab ke atas prestasi dan rekod syarikat.
- Latihan peningkatan kemahiran akan dijalankan pada setiap suku tahun dalam bentuk seminar, bengkel dan simposium. Kehadiran dan penyertaan dalam acara yang dianjurkan oleh MATRADE ini adalah percuma. Latihan peningkatan kemahiran ini meliputi topik kritikal seperti:
- Cross Cultural Understanding In International Business
- Langkah-langkah untuk Berjaya Mengeksport
- Komunikasi Perniagaan Antarabangsa
- Kemahiran Perundingan Berkesan
- Merangka Pelan Eksport & Strategi Kemasukan Pasaran
- Effective Bookkeeping for Exporters
- Penjenamaan untuk Pasaran Global
- Pendedahan kepada pasaran global melalui penyertaan aktif dalam aktiviti promosi perdagangan antarabangsa yang diadakan di luar negara. PKS terpilih akan diberi peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di pameran perdagangan antarabangsa, misi jualan yang disesuaikan dan misi pemasaran khusus.
- Ruang pameran percuma untuk pendedahan pasaran, publisiti dan peluang mempamerkan produk atau perkhidmatan untuk tempoh 12 bulan di Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC). MEEC ialah pusat pameran tetap bagi barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia berorientasikan eksport yang terletak di Menara MATRADE, Kuala Lumpur.
- Sesi rangkaian dan bimbingan di kalangan PKS dan syarikat yang lebih besar membantu meluaskan jangkauan perniagaan melalui perkongsian pengetahuan. Syarikat mempelajari melalui sesi perkongsian dan pencapaian syarikat lain.
- Pembangunan kualiti kepimpinan dan keusahawanan. Sesi ini memupuk dan membangunkan ciri-ciri yang membantu dalam membina hubungan interpersonal yang seterusnya penting untuk kerjasama perniagaan
Pertanyaan
Unit Perusahan Mikro Kecil & Sederhana
Tingkat 2, Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur
Tel: 603-6207 7077
Faks: 603-6203 7194