Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 39 MCS 2024 telah dianjurkan pada 17 hingga 19 Disember 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Sidang Kemuncak ini menekankan pengukuhan kerjasama awam-swasta dalam memajukan hubungan dua hala dan pembangunan berterusan. Dengan tema “Prosperity Beyond 50”, sidang kemuncak ini meraikan lima (5) dekad kerjasama di antara Malaysia dan RRC disamping menyediakan platform bagi pertumbuhan masa hadapan. Lima (5) teras utama sidang kemuncak ini adalah Teknologi Masa Depan, Pertumbuhan Masa Depan, Pengetahuan dan Pengalaman Masa Depan, Peluang Masa Depan, serta Mobiliti dan Keterhubungan Masa Depan, dengan 21 kluster yang merangkumi sektor-sektor seperti penjagaan kesihatan, sains hayat, teknologi, pengangkutan dan industri lestari. Sidang Kemuncak ini dirasmikan oleh YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia, mewakili YAB Perdana Menteri Malaysia dan dihadiri oleh tokoh-tokoh penting termasuk TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia. Buku Mewah Sidang Kemuncak MCS 2024 yang memaparkan sorotan hubungan perdagangan antara Malaysia dan RRC telah dilancarkan semasa Majlis Perasmian ini. Persidangan Kepimpinan merupakan salah satu komponen utama Sidang Kemuncak MCS 2024, yang telah berjaya mengumpulkan barisan menteri dan pakar industri untuk membincangkan tematema utama seperti kemajuan dan pertumbuhan, pelaburan dan pembangunan, pelancongan, teknologi hijau, teknologi dan inovasi, perladangan dan komoditi, tenaga boleh diperbaharui, dan kewangan lestari. Pameran perdagangan dan pelaburan juga merupakan salah satu komponen utama dalam Sidang Kemuncak ini, disertai oleh 283 pempamer merangkumi 182 pempamer Malaysia dan 101 pempamer China, daripada pelbagai sektor seperti teknologi, pembuatan, tenaga, dan industri lestari. Pameran ini menarik lebih daripada 16,000 pengunjung sepanjang tiga hari acara berlangsung. Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (Malaysia-China Summit 2024 - MCS 2024) Kuala Lumpur, Malaysia 17 – 19 Dis 2024 Majlis perasmian sidang kemuncak program YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi melawat Astaka MITI 182 pempamer Malaysia Selain itu, INSP juga memainkan peranan penting dalam memacu hubungan perniagaan dua hala. INSP ini melibatkan hampir 400 pertemuan perdagangan antara 243 syarikat Malaysia dan 77 pembeli antarabangsa. Lima (5) negara utama yang terlibat adalah China, Thailand, Viet Nam, Indonesia dan Hungary. Permintaan utama oleh pembeli adalah petrokimia, marjerin dan lemak sayuran, jentera dan peralatan, minyak masak serta perkhidmatan perniagaan. 400 pertemuan perdagangan 16,000 pengunjung tiga (3) hari 243 Syarikat Malaysia

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0