Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 41 MATRADE telah berjaya menyelaras penyertaan Malaysia di CISMEF Edisi ke-19 yang berlangsung dari 14 hingga 18 November 2024 di China Import & Export Fair Complex, Guangzhou, RRC bersama agen rasmi CISMEF iaitu Quantum Atlas Sdn Bhd. Penyertaan pada tahun ini adalah sebagai meraikan Ulang Tahun ke – 50 Hubungan Diplomatik Malaysia – Republik Rakyat China (RRC) dan Malaysia telah menjadi negara penganjur bersama (co-host country) bagi edisi ini. Astaka Malaysia di ITF CISMEF ini telah menampilkan sebanyak 63 buah reruai yang menempatkan 42 buah syarikat Malaysia daripada pelbagai sektor seperti penjagaan kesihatan, makanan dan minuman, pengilangan pintar, halal, gaya hidup dan kraftangan serta perkhidmatan profesional. Penyertaan ini memberi gambaran menyeluruh terhadap keupayaan syarikat Malaysia dalam menembusi pasaran antarabangsa serta menonjolkan keupayaan syarikat dalam menawarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Secara keseluruhan, penyertaan syarikat-syarikat Malaysia di CISMEF telah memberi impak yang positif serta membuka potensi jualan baharu. Ini adalah hasil penyelarasan oleh MATRADE menerusi sesi padanan perniagaan dan kempen jualan atas talian bersama pempengaruh dari RRC, yang berjaya meningkatkan capaian kepada pembeli dari negara tersebut. Selain itu, mesyuarat bersama pemain industri utama dalam bidang digital juga berjaya meningkatkan peluang MATRADE dalam menghubungkan pengeksport Malaysia beserta pengimport RRC bagi mengembangkan perniagaan syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. MATRADE telah menyelaras Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Jepun bersempena Persidangan Nikkei edisi ke29 di Tokyo dari 20 hingga 26 Mei 2024. Lawatan ini bertujuan mempergiat hubungan perdagangan serta meneroka peluang perniagaan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Jepun. Misi ini juga sejajar dengan dasar semasa kerajaan, khususnya Dasar Pandang ke Timur 2.0 (Look East Policy 2.0), di samping menyokong usaha memperluas peluang eksport Malaysia melalui FTA dengan Jepun. Astaka Malaysia di China International SME Fair (CISMEF) Edisi ke – 19 Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri Malaysia Ke Jepun bersempena Persidangan Nikkei Edisi ke – 29 Guangzhou, Republik Rakyat China (RRC) Tokyo, Jepun 14 – 18 Nov 2024 20 – 26 Mei 2024 Di antara program-program yang dijalankan semasa lawatan ini adalah ucap tama di Persidangan Nikkei ke – 29 serta mesyuarat di antara YAB Perdana Menteri Malaysia dengan syarikat-syarikat industri utama Jepun yang berminat untuk memperkukuh hubungan dagang dengan Malaysia. MATRADE turut memanfaatkan peluang lawatan ini untuk menghubungkan pembeli serta syarikat terkemuka Jepun yang berpotensi menyokong agenda perdagangan Malaysia, khususnya dalam persiapan penyertaan negara di Ekspo 2025 Osaka, Kansai dan Sukan Asia Aichi–Nagoya 2026. Kedua-dua acara berskala antarabangsa ini dijangka membuka lebih banyak peluang penyumberan produk dan perkhidmatan Malaysia merangkumi sektor Halal, perkhidmatan pengangkutan dan logistik, serta ICT dan digital. MATRADE telah mengatur pertemuan dengan Nisshin Oillio, pengeluar minyak sayuran terkemuka di Jepun yang mengimport minyak sawit dan produk berasaskan sawit dari Malaysia. Malaysia merupakan sumber import minyak sawit kelima terbesar Jepun pada tahun 2023, sekali gus menunjukkan kepentingan komoditi tersebut dalam pasaran Jepun. MATRADE melihat potensi pertumbuhan eksport yang positif sejajar dengan permintaan berterusan terhadap minyak sayuran berkualiti tinggi dari Malaysia. Ucaptama YAB PM di Persidangan Nikkei ke – 29 42 Syarikat Malaysia
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0