Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 51 Jumlah jualan exkport RM1.49 bilion Jumlah jualan exkport RM539.20 juta SEKTOR HALAL, MAKANAN & MINUMAN DAN AGRO ITF Gulfood 2024 merupakan pameran ikonik yang disertai MATRADE semenjak tahun 2005 bagi mempromosikan produk makanan dan minuman keluaran syarikat-syarikat Malaysia ke pasaran antarabangsa terutamanya ke pasaran MENA. Pameran Gulfood telah berlangsung dari 19 hingga 23 Februari 2024 di Dubai World Trade Centre, UAE. Sebanyak 80 syarikat Malaysia telah mengambil bahagian bagi meneroka potensi eksport ke pasaran MENA. Lima (5) Agensi Kerajaan iaitu SME Bank, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PKNS telah mengambil bahagian sebagai pempamer di bawah astaka Malaysia yang diterajui oleh MATRADE. Agensi-agensi Kerajaan ini turut menampilkan penyertaan PMKS tempatan di bawah program pembangunan masing-masing. SIAL Paris 2024, Perancis, merupakan antara pameran terbesar dan terpenting di dunia untuk sektor makanan dan minuman di mana ianya merupakan platform efektif bagi syarikat makanan dan minuman Malaysia meneroka pasaran Eropah. Bagi tahun 2024, SIAL Paris telah menerima penyertaan daripada 7,500 pempamer dari 130 buah negara. Tahun 2024 menyaksikan penyertaan kali ke-19 MATRADE di pameran ini dengan astaka berkeluasan 404 meter persegi di dalam dua (2) dewan pameran yang berasingan. Pameran ini yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober 2024 melibatkan sebanyak 64 syarikat pempamer di dalam astaka Malaysia yang diterajui oleh MATRADE. Selain daripada itu, sebanyak lima (5) kementerian dan agensi kerajaan turut mengambil peluang meneroka potensi eksport di pasaran luar iaitu KUSKOP, Lembaga Koko Malaysia (LKM), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Invest Sabah dan Invest Sarawak. Penglibatan MATRADE di dalam pameran ini telah berjaya menjenamakan Malaysia sebagai pembekal produk makanan dan minuman yang berkualiti, kompetitif dan berinovasi. Antara produk Malaysia yang diketengahkan di pameran ini termasuk snek, minuman, makanan sedia dimakan, produk berasaskan kelapa, durian, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan jagung, sos dan pes, rempah ratus serta biskut. Astaka Malaysia di Gulfood 2024 Astaka Malaysia di SIAL Paris 2024 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Paris, Perancis 19-23 Feb 2024 19-23 Okt 2024 80 Syarikat Malaysia 64 Syarikat Malaysia
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0