Laporan Tahunan MATRADE 2024 54 MATRADE telah menyelaras penyertaan 20 syarikat Malaysia daripada industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak & Gas (OGSE) dalam ADIPEC. ADIPEC merupakan acara bertaraf dunia dalam industri tenaga, yang dianjurkan oleh Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC). ADIPEC 2024 telah berlangsung dari 4 hingga 7 November 2024 dan menghimpunkan para pemimpin industri, pakar teknologi serta pemain utama dari seluruh dunia. Tahun ini merupakan penyertaan MATRADE yang ke-10 secara berturut-turut dalam acara berprestij tersebut, di mana Astaka Malaysia telah mempamerkan produk dan perkhidmatan inovatif yang berteknologi tinggi dalam bidang peralatan keselamatan, penyelesaian bersepadu untuk sektor minyak dan gas yang merangkumi keseluruhan rantaian nilai huluan dan hiliran, kejuruteraan marin, serta pengilangan pembakar suar. Sepanjang pameran berlangsung, sebanyak 453 sesi padanan perniagaan telah berjaya diatur antara syarikat-syarikat Malaysia dan wakil syarikat minyak dan gas terkemuka dunia, dengan nilai jualan yang direkodkan mencecah RM405.59 juta. MATRADE bekerjasama dengan Informa Markets untuk menganjurkan INSP yang memfokuskan kepada pemadanan perniagaan dan penerokaan peluang pasaran baharu bagi syarikat-syarikat Malaysia sempena OGA 2024. Sebanyak 17 sesi padanan perniagaan antara syarikat Malaysia dan pembeli antarabangsa telah dilaksanakan yang menjana potensi jualan mencecah RM112.08 juta. Ini mencerminkan permintaan yang memberangsangkan serta keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan Malaysia bagi membekalkan produk dan perkhidmatan berkualiti dalam sektor minyak dan gas, kimia, serta tenaga. OGA 2024 telah dianjurkan dengan kerjasama rakan-rakan strategik tempatan dan serantau termasuk Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC), Malaysian Oil & Gas Services Council (MOGSC), Sarawak Chems and Industry Council (SCIC), serta Federation of Thai Industries Petrochemical Club (FTIPC). Selain pameran utama, acara ini turut menampilkan Persidangan Kelestarian Petrokimia ke-2 (PSC) dan edisi ke-7 Malaysian Oil & Gas Services Exhibition and Conference (MOGSEC). Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) bersempena Pameran Minyak dan Gas Asia (OGA) Astaka Malaysia di Pameran dan Persidangan Petroleum Antarabangsa (ADIPEC) 2024 Kuala Lumpur, Malaysia Emiriah Arab Bersatu (UAE) 4-7 Nov 2024 Jumlah jualan eksport RM405.59 juta Jumlah jualan eksport RM112.08 juta 20 Syarikat Malaysia 15 Syarikat Malaysia Lawatan rasmi oleh Duta Besar TYT Tengku Dato’ Sirajuzzaman di Astaka Malaysia ADIPEC 2024 INSP bersempena OGA 1 Jan – 31 Dis 2024 453 sesi padanan perniagaan 17 sesi padanan perniagaan
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0