Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 58 SEKTOR PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK MATRADE menyelaras penyertaan 12 syarikat Malaysia, dua (2) agensi kerajaan iaitu Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara Malaysia (NAICO Malaysia) dan Invest Selangor Berhad serta Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA) dalam FIA 2024 edisi ke-45 yang diadakan di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa Farnborough di United Kingdom dari 22 hingga 26 Julai 2024. Astaka Malaysia mempamerkan keupayaan beberapa pemain industri aeroangkasa tempatan seperti CTRM Aero Composites Sdn Bhd, UMW Aerospace Sdn Bhd, Galaxy Aerospace Sdn Bhd, dan MAB Engineering Sdn Bhd. Syarikat-syarikat ini menonjolkan kepakaran mereka dalam pembuatan aero, perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk serta perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). Penyertaan dalam pameran ini juga berperanan penting bagi menggalakkan inisiatif rentas sempadan dalam kalangan pemain industri aeroangkasa, selain meletakkan nama Malaysia sebagai penyedia produk dan perkhidmatan yang berdaya saing, serta membuka peluang untuk mengintegrasikan syarikat-syarikat tempatan ke dalam rantaian bekalan global industri aeroangkasa. MATRADE telah mengatur sebanyak 132 mesyuarat perniagaan semasa FIA 2024 antara syarikat pempamer Malaysia dengan pembeli antarabangsa dan sebanyak 102 pertanyaan perdagangan telah direkodkan. Jumlah jualan yang dijana adalah sebanyal RM635.98 juta. MATRADE buat julung kalinya telah menyelaraskan penyertaan lapan (8) syarikat Malaysia serta Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) di InnoTrans 2024 di Berlin, Jerman. Acara ini menekankan trend dan inovasi industri pengangkutan rel, dengan penekanan yang kuat pada kelestarian, elektrifikasi, pendigitalan, dan kecerdasan buatan (AI) yang merangkumi bidang penting seperti kejuruteraan, pembangunan infrastruktur, pembuatan komponen rel serta perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO). MATRADE telah mengatur sejumlah 112 pertemuaan perdagangan untuk syarikat Malaysia sepanjang program ini dan merekodkan 192 pertanyaan perdagangan untuk produk dan perkhidmatan Malaysia. Beberapa MOU dan perjanjian kerjasama ditandatangani antara Malaysia dengan negara-negara lain seperti Jerman, Jepun, Indonesia dan Australia yang bakal membuka jalan bagi perkongsian dan usahasama di masa hadapan. Secara kolektif, Astaka Malaysia di Innotrans 2024 telah berjaya hasil jualan sebanyak RM277.66 juta, dan meletakkan nama Malaysia setaraf dengan pemain-pemain utama di peringkat global. Penyertaan Malaysia di InnoTrans 2024 juga telah diiktiraf sebagai satu lonjakan oleh pemain industri tempatan dalam usaha meluaskan rangkaian mereka di pasaran antarabangsa dan memupuk pertumbuhan berterusan dalam industri rel negara. Astaka Malaysia di Farnborough International Airshow (FIA) 2024 Astaka Malaysia di InnoTrans 2024 Farnborough, United Kingdom Berlin, Jerman 22 – 26 Jul 2024 24 – 27 Sept 2024 Jumlah jualan eksport RM635.98 juta Jumlah jualan eksport RM277.66 juta 12 syarikat 9 syarikat Majlis perasmian Astaka Malaysia di FIA 2024 yang disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke United Kingdom, TYT Dato’ Zakri Jaafar, dan YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Majlis pembukaan Astaka Malaysia di InnoTrans 2024 yang dihadiri oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta Duta Besar Malaysia ke Jerman, TYT Datin Paduka Dr. Adina Kamarudin.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0