Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 64 Menyediakan Risikan Pasaran 3Matlamat Penerbitan MATRADE Bahan Penerbitan merupakan saluran media untuk menyampaikan maklumat perdagangan kepada pihak berkepentingan. Justeru, MATRADE menerbitkan MATRADE Insights (MI) untuk menyalurkan maklumat risikan pasaran kepada komuniti pengeksport dan komuniti perindustrian Malaysia. MI merupakan artikel perdagangan yang disediakan oleh ibu pejabat MATRADE berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam Market Alert (MA) dan Product Market Study (PMS) yang telah dihantar oleh pejabat-pejabat MATRADE luar negara. MI menyalurkan maklumat mengenai peluang eksport, pembangunan pasaran, serta maklumat penting atau analisis berkaitan perubahan peraturan, perundangan dan rejim import (seperti halangan bukan tarif). Pada 2024, MATRADE telah menghasilkan sebanyak 120 artikel MI yang merangkumi pelbagai sub-sektor dan pasaran serta peluang ekport. Ianya telah disalurkan kepada persatuan perdagangan dan industri serta agensi berkaitan untuk disebarkan kepada pihak berkepentingan dan pelanggan mereka. MI ini telah diterbitkan semula dalam Master Builders Journal oleh Master Builders Association Malaysia (MBAM). Menerusi MI, MATRADE telah menerima sebilangan besar pertanyaan perdagangan yang kemudiannya disalurkan ke pejabat MATRADE di luar negara untuk tindakan selanjutnya. MATRADE juga menerbitkan MATRADE links..., sebuah e-akhbar yang dikeluarkan dua kali sebulan bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini kepada pihak berkepentingan mengenai trend dan perkembangan semasa industri dan juga pasaran antarabangsa. MATRADE links... juga turut mengandungi maklumat perdagangan terkini serta mengetengahkan aktiviti-aktiviti dan pencapaian MATRADE. Di samping itu, MATRADE menerbitkan e-brosur Upcoming Events yang merupakan kalendar suku tahunan yang memaparkan sorotan aktiviti promosi perdagangan MATRADE. Pelbagai program bantuan bertujuan untuk menyokong promosi perdagangan dan pembangunan pengeksport juga telah dilaksanakan termasuk penyediaan - e-flyers, web banners dan bahan-bahan reka bentuk grafik yang lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0