Laporan Tahunan & Penyata Kewangan (LTPK) MATRADE 2024

Laporan Tahunan MATRADE 2024 66 Memperkasa Pelan Eksport Negara 4Matlamat Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (National Trade Blueprint - NTBp) Bagi memacu peningkatan eksport barang dagangan Malaysia dan meningkatkan daya saing pengeksport tempatan, MITI menerusi MATRADE telah membangunkan NTBp 2021-2025. Pendekatan NTBp ini adalah menyeluruh dengan memberi keutamaan terhadap isu ekosistem perdagangan yang boleh menyumbang kepada kelancaran eksport dan pertumbuhan industri. 1. Fasilitasi Perdagangan, untuk memastikan kecekapan dalam proses pengawalseliaan 2. Standards & Pematuhan, untuk meningkatkan penggunaan piawaian dan pensijilan 3. Promosi Perdagangan & Akses Pasaran, untuk memastikan promosi eksport yang cekap dan kemudahan dalam akses pasaran 4. Kelestarian & Inovasi, untuk meningkatkan penggunaan inovasi, Research & Development (R&D) dan amalan lestari 5. Pendigitalan & Teknologi, untuk meningkatkan penggunaan pendigitalan & e-dagang dalam memacu daya saing eksport 6. Pelaburan, untuk memacu pelaburan bagi menyokong daya saing eksport negara 7. Penjenamaan, untuk meningkatkan jenama Malaysia untuk eksport 8. Logistik, untuk meningkatkan kecekapan dalam hal berkaitan logistik Rangka ini menekankan penambahbaikan bidang khusus dalam ekosistem perniagaan yang perlu dilalui oleh syarikat untuk mengeksport, iaitu:

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0