Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 73 Meluaskan Komuniti Pengeksport 6Matlamat Khidmat Nasihat MATRADE menguruskan Malaysia Exporters Registry (MER), iaitu sebuah pangkalan data yang mengandungi rekod 14,983* syarikat Malaysia. Pangkalan data ini merangkumi pelbagai kategori syarikat termasuk syarikat besar, SPP, PMKS, pengilang serta penyedia perkhidmatan. Pada tahun 2024, MATRADE telah menerima hampir 6,000 pertanyaan perdagangan daripada syarikat Malaysia dan pengimport luar negara. Pertanyaan ini diterima melalui pelbagai saluran termasuk kunjungan fizikal (walk-in dan program jangkauan pengeksport), panggilan telefon, e-mel ke info@matrade.gov.my atau melalui sistem pertanyaan perdagangan di portal rasmi MATRADE. Meneruskan Pemerkasaan Program Pembangunan Pengeksport Dalam usaha meneruskan pembudayaan dan pemerkasaan program pembangunan pengeksport, MATRADE telah menganjurkan sebanyak 256 program jangkauan pengeksport di seluruh negara sepanjang tahun 2024. Program-program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama pelbagai kementerian dan agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), PKNS, Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), Invest Selangor, Iskandar Region Development Authority (IRDA) dan Invest Melaka. * Nota:Jumlah setakat 31 Disember 2024. Peningkatan 10.36 peratus berbanding tahun 2023. Di samping itu, MATRADE turut menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta dan dewan perniagaan seperti Maybank Berhad, Affin Bank, UOB Berhad, Kuala Lumpur & Selangor Furniture Association (KSFA), Chinese Chamber of Commerce & Industry of Kuala Lumpur & Selangor (KLSCCCI), Peniagawati, dan Informa Markets. Kerjasama ini direalisasikan menerusi penganjuran pelbagai program keusahawanan, persidangan dan pameran perdagangan antarabangsa, serta sesi bengkel dan taklimat yang diadakan secara fizikal dan maya. Sebagai sebahagian daripada inisiatif memperluas pembangunan usahawan eksport di peringkat negeri, MATRADE telah menganjurkan lima (5) program Hari Eksport 2024 di Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur. Program ini memberi tumpuan kepada panduan asas mengeksport, tahap kesediaan untuk mengeksport serta potensi pasaran eksport. Program Hari Eksport ini telah berjaya menarik penyertaan daripada lebih 1,300 usahawan dari negeri-negeri tersebut.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0