Laporan Tahunan MATRADE 2024 82 Unit Khidmat Nasihat & Latihan Pengeksport daripada gabungan: • Unit Khidmat Nasihat Pengeksport • Unit Latihan Pengeksport c. Penjenamaan Semula Seksyen/Unit • Unit eTRADE kepada Unit MyTRADE Digital; • Seksyen Khidmat Nasihat & Latihan Pengeksport kepada Seksyen Akademi Eksport; dan • Seksyen Bantuan Pembangunan kepada Seksyen Pembangunan Pasaran d. Dalam memperkukuhkan rangkaian pejabat di luar negara, MATRADE telah membuka 2 pejabat baharu pada tahun 2024, iaitu: • Pejabat Perdagangan Singapura • Pejabat Pemasaran Karachi, Pakistan e. Selain itu, MATRADE menaik taraf status 2 pejabat pemasaran kepada pejabat perdagangan, iaitu: • Pejabat Perdagangan Paris, Perancis • Pejabat Perdagangan Kaherah, Mesir 3. RASIONALISASI PEJABAT-PEJABAT PERWAKILAN DAN WAKIL AGENSI KERAJAAN DI LUAR NEGERI YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Rasionalisasi Pejabat-pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan di Luar Negeri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos 2024. MATRADE merupakan salah satu daripada 5 agensi di bawah sektor ekonomi yang terlibat bersama MITI, KPKM, MIDA dan Tourism Malaysia. Langkah rasionalisasi ini melibatkan penggabungan agensiagensi kerajaan di bawah satu bumbung, dengan tujuan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber operasi serta meningkatkan kecekapan pejabat-pejabat kerajaan di luar negara. Pelaksanaan langkah ini akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun 2025. 2. PERANCANGAN PENSTRUKTURAN SEMULA ORGANISASI DAN PENGUKUHAN PERJAWATAN MATRADE MATRADE telah melaksanakan inisiatif penjenamaan semula dalam usaha untuk memperkukuhkan peranannya sebagai sebuah Organisasi Promosi Perdagangan (TPO) bertaraf dunia. Inisiatif ini sejajar dengan agenda Pendigitalan, Kelestarian serta dasar-dasar utama seperti NTBp, Pelan Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) dan RMKe-12. Sebagai langkah penambahbaikan, MATRADE turut menyusun semula struktur organisasinya bagi mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan. Langkah-langkah ini diambil bagi memastikan MATRADE kekal relevan, responsif dan bersedia untuk mendukung pertumbuhan eksport negara secara mampan dan inklusif. Perubahan utama melibatkan: a. Penubuhan Unit Baharu Unit Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) diwujudkan bagi menyokong agenda kelestarian. b. Penubuhan Unit-Unit Baharu Hasil Gabungan Unit-Unit Sedia Ada Unit Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) daripada gabungan: • Unit Pembangunan Eksport Perusahaan Kecil & Sederhana (x-SEED) • Unit Pembangunan Pengeksport Bumiputera, Wanita dan Belia (BWYEDP) • Unit Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC) Unit Pembangunan Pasaran daripada gabungan: • Unit Pembangunan Pasaran • Unit Pembangunan Perkhidmatan
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0