Membina Kemajuan Eksport Demi Rakyat dan Negara 83 5. SESI PERHIMPUNAN MATRADE Sepanjang tahun 2024, empat (4) sesi perhimpunan MATRADE secara hibrid telah dianjurkan yang, melibatkan penyertaan warga kerja dari Ibu Pejabat, pejabat wilayah dan pejabat luar negara. Sesi ini berfungsi sebagai platform strategik untuk Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) menyampaikan maklumat terkini mengenai perkembangan organisasi, pencapaian, hala tuju strategik serta amanat kepimpinan. Agenda utama merangkumi penyampaian amanat KPE, penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang dan Khidmat Setia serta pengiktirafan terhadap pencapaian sukan dan program korporat. Pelaksanaan program ini menyerlahkan komitmen MATRADE terhadap keterangkuman, ketelusan komunikasi dan pengukuhan budaya kerja berprestasi tinggi. MATRADE akan terus melaksanakan sesi perhimpunan ini secara berkala sebagai sebahagian usaha pembangunan organisasi dan pembudayaan nilai AVC, selari dengan aspirasi untuk memperkukuh daya saing serta melahirkan warga kerja yang cemerlang dan berdaya saing global. 4. PERSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 MATRADE telah berjaya mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd (SIRIM) menerusi Sesi Audit Pengawasan SPK ISO 9001:2015 pada 29 dan 30 Ogos 2024. Kesemua proses kerja yang melibatkan program utama dan aktiviti sokongan MATRADE telah dinilai dengan teliti dan keputusan pengauditan luar mengesahkan bahawa MATRADE telah melaksanakan program mengikut prosedur selaras dengan keperluan yang termaktub di dalam Standard Antarabangsa ISO tanpa sebarang Non-Conformity Report (NCR). Pengekalan sijil MS ISO 9001:2015 ini membuktikan komitmen MATRADE untuk memberikan perkhidmatan di tahap tertinggi dalam pembangunan pengeskport dan promosi eksport selaras dengan perundangan dan amalan antarabangsa. MATRADE akan terus berusaha melaksanakan penambahbaikan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang taruh, memperkukuh kredibiliti dan reputasi MATRADE sebagai sebuah badan agensi promosi perdagangan kerajaan bertaraf dunia.
RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0