No. Sebut Harga MATRADE
:

MT/SH/11/2025

Tajuk Sebut Harga
:

KERJA-KERJA UBAHSUAI BUSINESS SUITE ARAS 3 DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN MENARA MATRADE, JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUALA LUMPUR

Kod Bidang CIDB
:

G3 (Tidak Melebihi RM1,000,000.00)

CE (Kejuruteraan Awam); DAN B (Bangunan)

CE21 - Kerja-Kerja Am Kejuruteraan Awam; DAN B07 - Hiasan Dalaman

Tarikh Iklan
:
14 Mei 2025 (Rabu)
TAKLIMAT (WAJIB) / LAWATAN TAPAK
Tarikh & Masa  20 MEI 2025 (SELASA), jam 11.00 Pagi
Tempat :

Club Lounge, Tingkat 4 (East Wing)

Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah

Kuala Lumpur

PERINGATAN:

  1. Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak adalah WAJIB. Hanya syarikat yang hadir Taklimat dan Lawatan Tapak sahaja layak untuk menyertai sebut harga ini.
  2. Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan atau pemilik/pengarah syarikat, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang boleh menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak. Penama boleh membawa satu (1) orang pegawai teknikal syarikat semasa sesi taklimat dan lawatan tapak.
 PEMBELIAN DOKUMEN SEBUT HARGA    
Tarikh Pembelian Dokumen Sebut Harga
:
20 Mei 2025 (SELASA)
Tempat Jualan Dokumen Sebut Harga
:

Dokumen Sebut Harga boleh dibeli mulai 20 Mei 2025 di alamat Unit Perolehan, Tingkat 6 (East Wing), Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur.

Harga Dokumen Sebut Harga
:

RM25.00 dalam bentuk Bank Draf/ Kiriman Wang atas nama MATRADE HASIL.  Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima.

Dokumen Wajib
:

Sila bawa dokumen semasa pembelian:

1. Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK); DAN

2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).


PERINGATAN:

    1. HANYA SYARIKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN SELANGOR SAHAJA layak dan dibenarkan untuk membeli dokumen sebut harga ini.
    2. Kebenaran khas daripada CIDB tidak dibenarkan untuk membeli dokumen sebut harga.
    3. Hanya syarikat yang menghadiri taklimat sahaja dibenarkan untuk membeli dokumen Sebut Harga.
TUTUP SEBUT HARGA
Tarikh Tutup Sebut Harga
:

4 Jun 2025 (Rabu) jam 12.00 tengah hari.
(Dokumen yang lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diterima)

Tempat Penghantaran Dokumen
:

Peti Sebut Harga, Tingkat 6 (East Wing), Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur.


    • Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang di alamat seperti dinyatakan di atas.
    • Jika Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar atau perkhidmatan kurier, penyebutharga hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang dihantar selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum waktu tutup Sebut Harga tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Nama
:
Encik Azmir bin Ab Ghaffar
No. Telefon
:
03-6207 7077 Ext. 7526
E-mel
:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.