No. Sebut Harga MATRADE
:

MT/SH/24/2025

Tajuk Sebut Harga
:

PERKHIDMATAN - SYARIKAT GUAMAN LUAR BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN UNTUK TAHUN 2025 - 2027

Kod Bidang MOF
:

221103 – KHIDMAT GUAMAN

Tarikh Iklan

:
12 SEPTEMBER 2025 (JUMAAT)
PEMBELIAN DOKUMEN SEBUT HARGA
Tarikh Pembelian Dokumen Sebut Harga
:
12 - 24 SEPTEMBER 2025
Tempat Jualan Dokumen Sebut Harga
:

Dokumen Sebut Harga boleh dibeli mulai 12 September 2025 di alamat Unit Perolehan, Tingkat 6 (East Wing), Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur.

Harga Dokumen Sebut Harga
:

RM20.00 dalam bentuk KIRIMAN WANG/ BANK DRAF atas nama MATRADE HASIL.  Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima.

Dokumen Wajib

  Sila bawa bersama Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF) berserta Kod Bidang yang masih belum tamat tempoh sah laku.

PERINGATAN

1. HANYA SYARIKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRJAYA DAN SELANGOR SAHAJA LAYAK DAN DIBENARKAN MEMBELI DOKUMEN SEBUT HARGA INI.

2. Setiap syarikat hanya dibenarkan membeli SATU (1) Dokumen Sebut Harga dan mengemukakan SATU (1) TAWARAN SAHAJA.

TUTUP SEBUT HARGA
Tarikh Tutup Sebut Harga
:

25 September 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.
(Dokumen yang dihantar lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diterima)

Tempat Penghantaran Dokumen
:

Peti Sebut Harga, Tingkat 6 (East Wing), Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur.

    • Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang di alamat seperti dinyatakan di atas.
    • Jika Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar atau perkhidmatan kurier, penyebutharga hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang dihantar selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum waktu tutup Sebut Harga tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Nama
:
Encik Azmir bin Ab Ghaffar
No. Telefon
:
03-6207 7077 Ext. 7526
E-mel
:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.