No. Sebut Harga MATRADE
:

MT/SH/31/2025

Tajuk Sebut Harga
:
BEKALAN – MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENYUSUN ATUR PERABOT PEJABAT DI ARAS 17 DAN 18, MENARA MATRADE
Kod Bidang MOF
:

020199 - PEMBUAT

Tarikh Iklan
:
18 NOVEMBER 2025 (SELASA)
TAKLIMAT / LAWATAN TAPAK
Tarikh : 25 NOVEMBER 2025 (SELASA)
Masa : 10.30 pagi
Tempat :

Bilik Lestari, Business Information Centre (BIC), Ground Floor, Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur.

PERINGATAN:

  1. Taklimat dan Lawatan Tapak bagi Sebut Harga adalah TIDAK WAJIB. Namun syarikat adalah digalakkan untuk menyertai taklimat bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
  2. Tawaran adalah terbuka kepada syarikat yang berdaftar dengan MOF dengan kod bidang yang dinyatakan. Syarikat yang mendapat kebenaran khas daripada MOF tidak layak menyertai Sebut Harga ini.
  3. Hanya Penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran MOF atau pemilik/pengarah syarikat yang boleh menghadiri sesi taklimat Sebut Harga. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain.
  4. Penama boleh membawa satu (1) orang pegawai teknikal syarikat semasa sesi Taklimat dan Lawatan Tapak.
PEMBELIAN DOKUMEN SEBUT HARGA
Tarikh Pembelian Dokumen Sebut Harga
:
25 NOVEMBER 2025 (SELASA)
Tempat Jualan Dokumen Sebut Harga
:

Dokumen Sebut Harga boleh dibeli mulai 25 NOVEMBER 2025 di alamat Unit Perolehan, Tingkat 6 (East Wing), Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur.

Harga Dokumen Sebut Harga
:

RM25.00 dalam bentuk Bank Draf/Kiriman Wang atas nama MATRADE HASIL.  Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima.

Dokumen Wajib
:
  • Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari MOF semasa membeli Dokumen Sebut Harga

PERINGATAN:

  1. HANYA SYARIKAT DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN SELANGOR SAHAJA layak dan dibenarkan untuk membeli dokumen Sebut Harga ini.

  2. SATU (1) SYARIKAT hanya dibenarkan membeli SATU (1) DOKUMEN Sebut Harga bagi setiap Sebut Harga dan mengemukakan SATU (1) tawaran Sebut Harga sahaja.
TUTUP SEBUT HARGA
Tarikh Tutup Sebut Harga
:

2 DISEMBER 2025 (SELASA) JAM 12.00 TENGAH HARI.
(Jika Sebut Harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar atau perkhidmatan kurier, Penyebutharga hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang dihantar selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum waktu tutup Sebut Harga tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari)

Tempat Penghantaran Dokumen
:

Peti Sebut Harga, Tingkat 6 (East Wing), Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur.

    • Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang di alamat seperti dinyatakan di atas.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Nama
:
Cik Nur Syazwani Athirah Zulkifli
No. Telefon
:
03-6207 7077 (Ext. 7530)
E-mel
:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.