ASEAN
5 Pasaran Eksport Utama Dalam ASEAN 5 Pasaran Import Utama Dalam ASEAN
Hasil daripada pelaburan seberang sempadan yang
lebih besar, hubungan lebih akrab antara syarikat,
aktiviti penyumberan luar serta aktiviti perdagangan
yang kian berkembang di dalam ASEAN, jumlah
dagangan Malaysia dengan ASEAN pada 2013 telah
meningkat sebanyak 4.8% kepada RM374.71 bilion.
ASEAN menyumbang 27.4% daripada keseluruhan
perdagangan Malaysia dan merupakan rakan
perdagangan serantau terbesar.
Eksport ke ASEAN terus meningkat, daripada 26.8%
pada tahun sebelumnya kepada 28%. Diantara
negara ASEAN, pertumbuhan eksport telah dicatatkan
dengan Laos meningkat sebanyak 81%; Brunei,
21.3%; Indonesia, 19.9%; Vietnam, 12.9%; Thailand
6.1%; Singapura 5.1%; dan Myanmar, 3.9%.
Peningkatan eksport ke ASEAN disumbangkan
oleh kenaikan eksport produk petroleum bertapis;
barangan litar bersepadu elektronik; barangan
perkilangan logam plat aloi aluminium; kepingan
jalur serta jentera dan peralatan termasuk peralatan
penyaman udara, pam, pemampat, kipas, sentrifugal
dan bahagian, jentera khusus untuk E & E, getah,
plastik dan pemprosesan makanan serta peralatan
kejuruteraan bagi kerja-kerja awam dan industri
perlombongan.
Import dari ASEAN berkembang sebanyak 2.1%,
menyumbang 26.6% daripada jumlah import. Antara
import utama daripada ASEAN adalah produk
petroleum bertapis, produk E & E serta kimia dan
produk kimia.
Eksport E & E yang menyumbangkan 35.4%
daripada jumlah eksport Malaysia ke Singapura,
meningkat sebanyak 10.2% pada tahun 2013. Litar
elektronik bersepadu adalah eksport utama dengan
nilai sebanyak RM15.62 bilion atau 43.9% daripada
jumlah eksport E & E ke Singapura. Eksport produk
petroleum bertapis menyaksikan pertumbuhan
sebanyak 3.5% atau RM945.6 juta kepada RM27.65
bilion, dengan menyumbang 27.5% daripada jumlah
eksport ke Singapura.
Import Malaysia dari Singapura menurun sebanyak
0.3% kepada RM80.23 bilion, yang merupakan
12.4% daripada jumlah import Malaysia. Import utama
dari Singapura adalah produk petroleum bertapis,
terutamanya minyak motor; produk E & E yang
terdiri dari alat ganti untuk litar elektronik bersepadu,
mikropemproses & pengawal, alat ganti, aksesori
komputer serta kimia dan produk kimia.
Singapura
Perdagangan Mengikut Peratusan Syer
Perdagangan Malaysia Dengan Negara-negara ASEAN 2013
Singapura
Thailand
Indonesia
Vietnam
Filipina
Brunei Darussalam
Myanmar
Kemboja
Laos
JUMLAH ASEAN
100.44
39.92
33.11
13.33
9.34
2.59
2.26
0.74
0.07
5.1
6.1
19.9
12.9
-10.8
21.3
3.9
-3.5
81.0
80.23
38.68
27.96
19.02
4.74
1.04
0.62
0.61
0.004
-0.3
8.4
-10.1
18.1
-1.2
539.5
10.1
54.4
192.5
201.81
7.2
172.90
2.1
Negara
Jumlah Eksport
(RM Bilion)
Perubahan
(%)
Perubahan
(%)
Jumlah Import
(RM Billion)
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
THAILAND
21%
SINGAPURA
48.2%
INDONESIA
16.3%
VIETNAM
8.6%
MYANMAR
0.8%
KEMBOJA
0.4%
LAOS
0.02%
BRUNEI
1%
FILIPINA
3.8%
Singapura
Thailand
Indonesia
Vietnam Filipina
49.8%
46.4%
19.8%
22.4%
16.4%
16.2%
6.6%
11.0%
4.6%
0.60%
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tinjauan Prestasi Perdagangan Malaysia 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
031
030
1...,12-13,14-15,16-17,18-19,20-21,22-23,24-25,26-27,28-29,30-31 34-35,36-37,38-39,40-41,42-43,44-45,46-47,48-49,50-51,52-53,...260