OVERVIEW OF MALAYSIA’S TRADE PERFORMANCE IN 2013
CREATING GLOBAL FOOTPRINTS
Annual Report 2013
002/003
Makanan diproses
Tekstil & pakaian menyumbang 1.4% syer daripada
eksport barangan perkilangan Malaysia. Eksport
sektor ini bernilai RM10.3 bilion, meningkat sebanyak
7.9%. Daripada jumlah ini, tekstil menyumbang syer
61.9% dengan nilai sebanyak RM6.3 bilion. Kedua-
dua sub sektor ini merekodkan peningkatan eksport
sebanyak 6.2% dan 10.9%.
Lima pasaran eksport utama bagi tekstil & pakaian
adalah Amerika Syarikat yang menyumbang syer
19.6% dari jumlah eksport, diikuti oleh Jepun dengan
7.9%, Republik Rakyat China dengan 5.4%, Turki
6.6% dan Indonesia 5.4%. Nilai eksport untuk setiap
pasaran ini adalah RM2.01 bilion, RM809.8 juta,
RM678.8 juta dan RM557.4 juta.
Eksport utama tekstil adalah benang tekstil, benang
khas (fabrik tekstil khas & produk yang berkaitan),
fabrik tenunan dari bahan tekstil buatan manusia serta
tekstil dan fabrik sintetik.
Tekstil & Pakaian
Jumlah eksport makanan diproses Malaysia
bernilai RM14.24 bilion, meningkat sebanyak
6.9% berbanding dengan RM13.32 bilion yang
dicatatkan pada 2012. Eksport utama makanan
diproses adalah bahan-bahan makanan,
termasuk makanan berfungsi dan kesihatan
bernilai RM4.78 bilion, diikuti oleh koko dan
keluaran koko, bijirin dan persediaan tepung,
marjerin &
shortening
, produk tenusu dan
konfeksi, dengan setiap satunya bernilai
RM3.26 bilion, RM1.83 bilion, RM0.97 bilion
RM0.96 bilion dan RM0.89 bilion.
Pasaran utama bagi makanan dan minuman
adalah Australia yang berkembang sebanyak
60.4%, Singapura, Indonesia dan Republik
Rakyat China.
LAPOR N TAHUNAN 2013
Tinjauan Prestasi Perdagangan Malaysia 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
49
048
Kelengkapan
Pengangkutan
Eksport bagi kelengkapan pengangkutan bernilai
RM9.63 bilion dengan destinasi eksport utama
terdiri dari Singapura, Amerika Syarikat dan United
Kingdom. Permintaan yang tinggi bagi alat ganti dan
komponen pesawat di ketiga-tiga pasaran tersebut
telah mengakibatkan eksport meningkat. Thailand
mencatatkan jumlah eksport yang lebih tinggi bagi
alat ganti dan komponen kenderaan penumpang
bermotor. Eksport bagi kenderaan penumpang
bermotor ke Thailand dan Indonesia meningkat
dengan ketara sebanyak 55.8% kepada RM0.79
bilion.
Eksport utama bagi kelengkapan pengangkutan
adalah alat ganti dan aksesori untuk kenderaan
bermotor yang bernilai RM2.88 bilion, kelengkapan
& alat ganti pesawat dan yang berkaitan sebanyak
RM2.39 bilion, serta kenderaan penumpang
bermotor berjumlah RM0.97 bilion. Setiap satunya
merekodkan 29.9%, 24.8% dan 10% syer daripada
jumlah eksport kelengkapan pengangkutan.
1...,30-31,32-33,34-35,36-37,38-39,40-41,42-43,44-45,46-47,48-49 52-53,54-55,56-57,58-59,60-61,62-63,64-65,66-67,68-69,70-71,...260