OVERVIEW OF MALAYSIA’S TRADE PERFORMANCE IN 2013
CREATING GLOBAL FOOTPRINTS
Annual Report 2013
002/003
Minyak & Gas
Eksport produk petroleum ditapis meningkat 26.9%
daripada RM51.5 bilion pada tahun 2012 kepada
RM65.4 bilion pada tahun 2013. Singapura kekal
sebagai destinasi eksport utama dengan sumbangan
42.3% daripada jumlah eksport sektor ini. Eksport
LNG bernilai RM59.2 bilion, peningkatan 5.5%
berbanding dengan RM56.2 bilion pada tahun 2012,
disumbangkan oleh kenaikan eksport ke Jepun,
Republik Korea dan Republik Rakyat China. Jepun
kekal sebagai destinasi utama bagi eksport LNG,
mewakili 67.9% daripada jumlah eksport. Malaysia
disenaraikan sebagai pengeksport kedua terbesar
LNG di dunia selepas Qatar.
Eksport petrokimia meningkat 10.5% kepada
RM36.51 bilion dimana penyumbang utama adalah
para-xylene, yang digunakan untuk pengeluaran serat
dan pembuatan tekstil tiruan yang bernilai RM2.3
bilion; ammonium nitrat & urea RM1.61 bilion dan
bahan kimia bagi industri elektronik bernilai RM1.09
bilion. Pasaran eksport utama bagi para-xylene
adalah Republik Rakyat China dan India manakala
Indonesia, Filipina dan Thailand adalah pasaran
utama bagi ammonium nitrat & urea, serta bahan
kimia untuk elektronik dieksport ke Taiwan, Amerika
Syarikat, Singapura dan Republik Rakyat China.
Malaysia mengeksport RM1.59 bilion saluran paip,
terutamanya ke Australia dan Thailand. Produk-
produk lain adalah
compact wellhead
dan
christmas
tree
bernilai RM1.56 bilion, pelantar pengeluaran
terapung atau tenggelam bernilai RM189.1 juta dan
mechanical seals
bernilai RM20.1 juta
LAPOR N TAHUNAN 2013
Tinjauan Prestasi Perdagangan Malaysia 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
47
046
Kimia &
Produk Kimia
Eksport jentera, perkakasan & peralatan
mencatatkan peningkatan sebanyak 7.6% dan
mencapai nilai RM27.23 bilion. Pasaran eksport
utama adalah Singapura yang mencatat nilai
sebanyak RM5.18 bilion, Indonesia RM2.9
bilion, Thailand RM2.28 bilion, Republik Rakyat
China, RM1.98 bilion dan Amerika Syarikat
RM1.64 bilion.
Peningkatan ini didorong oleh kejuruteraan
awam & peralatan, peningkatan sebanyak
41.9% kepada RM2.41 bilion; bahagian
& aksesori peralatan mesin, peningkatan
sebanyak 27.7% kepada RM429.4 juta;
serta peralatan pengendalian mekanikal dan
bahagian yang meningkat 27.3% kepada
RM1.36 bilion.
Jentera,
Perkakasan &
Peralatan
Eksport kimia dan produk kimia meningkat
sebanyak 3.1% kepada RM47.72 bilion
berbanding dengan RM46.3 bilion yang dicatatkan
pada 2012. Kenaikan ini melibatkan eksport
produk kimia dan keluarannya, serta baja & bahan
kimia organik. Destinasi eksport utama kimia &
produk kimia adalah Republik Rakyat China, yang
mencatatkan RM10.59 bilion, Indonesia sebanyak
RM5.06 bilion, Thailand RM4.15 bilion, Singapura
RM3.69 bilion dan India, RM2.82 bilion.
1...,28-29,30-31,32-33,34-35,36-37,38-39,40-41,42-43,44-45,46-47 50-51,52-53,54-55,56-57,58-59,60-61,62-63,64-65,66-67,68-69,...260