Jumlah perdagangan Malaysia dengan Indonesia
meningkat sebanyak 4% kepada RM61.07 bilion.
Indonesia memperbaiki kedudukannya sebagai
destinasi eksport terbesar Malaysia dari tangga
kesembilan ke tangga keenam. Peningkatan eksport
telah disumbangkan oleh produk petroleum bertapis
yang meningkat sebanyak RM5.91 bilion kepada
RM12.05 bilion; kimia & produk kimia RM5.06 bilion;
jentera, perkakasan & peralatan RM2.89 bilion serta
makanan diproses RM1.41 bilion.
Import dari Indonesia mencatatkan penurunan
sebanyak 10.1% kepada RM27.96 bilion. Penurunan
ini disebabkan oleh kurangnya import minyak sawit,
produk E & E dan barangan perkilangan logam.
Perdagangan dengan Thailand berkembang 7.2%
kepada RM78.60 bilion dengan eksport mencatat
peningkatan sebanyak 6.1% dan import 8.4%.
Pertumbuhan dua angka telah direkodkan dalam eksport
peralatan optik & saintifik, kelengkapan pengangkutan,
produk besi dan keluli, barangan perkilangan plastik,
tekstil & pakaian dan produk petroleum.
Eksport barangan E & E ke Thailand meningkat sebanyak
7.7% kepada RM13.4 bilion yang telah disumbangkan
oleh kenaikan eksport alat ganti dan aksesori bagi mesin
Automatic Data Processing
(ADP) kerana memenuhi
permintaan yang semakin meningkat dalam sektor ICT.
Sektor lain yang menunjukkan peningkatan eksport
adalah kimia dan produk kimia, jentera, perkakasan &
peralatan, peralatan optik & saintifik serta kelengkapan
pengangkutan.
Import Malaysia dari Thailand yang bernilai RM38.68
bilion terdiri daripada peralatan dan aksesori untuk
komputer, kenderaan untuk pengangkutan barang-
barang, getah mentah, alat ganti untuk generator, set
penjana dan penukar putar.
Thailand
Jumlah perdagangan dengan Laos melonjak hampir
dua kali ganda pada tahun 2013 kepada RM8 juta
daripada RM4 juta pada tahun 2012. Barangan
perkilangan menyumbang 98.6% daripada jumlah
eksport Malaysia ke negara ini, dengan nilai
RM7.1 juta. Ia terdiri daripada produk elektrik
& elektronik, tekstil & pakaian, kelengkapan
pengangkutan, kimia & produk kimia serta jentera,
perkakasan & peralatan. Import dari Laos meningkat
sebanyak 192.5% kepada RM4 juta berbanding
RM1.4 juta pada tahun 2012. Import utama adalah
getah mentah, belulang & kulit, kayu balak & kayu
bergergaji, makanan laut serta minuman dan
tembakau.
Laos
Indonesia
Vietnam mencapai kedudukan sebagai rakan
dagangan Malaysia ke-13 terbesar dengan jumlah
perdagangan sebanyak RM32.35 bilion, meningkat
sebanyak 15.9% dari tahun 2012. Eksport bernilai
RM13.33 bilion, mencatatkan peningkatan sebanyak
12.9% manakala import meningkat sebanyak 18.1%
kepada RM19.02 bilion.
Hubungan perniagaan di antara serta sesama firma,
terutamanya dikalangan syarikat-syarikat multinasional
yang beroperasi di rantau ini menyumbang kepada
peningkatan permintaan bagi produk E & E yang
mencatat syer lebih dari 25% bagi eksport Malaysia ke
Vietnam.
Import dari Vietnam mengembang sebanyak 18.1%
dan terdiri daripada produk E & E, terutamanya
mikropemproses dan pengawal bernilai RM8.77 bilion
dengan sumbangan syer 46.1% daripada jumlah
import Malaysia dari Vietnam. Import barangan lain
termasuk petroleum mentah dan getah mentah.
Vietnam
5 Eksport Utama ke Thailand
5 Eksport Utama ke Indonesia
Produk E & E
Petroleum Mentah
Kimia & Produk Kimia
Jentera, Perkakasan & Peralatan
Peralatan Optik & Saintifik
Produk Petroleum Bertapis
Kimia & Produk Kimia
Jentera, Perkakasan & Peralatan
Produk E & E
Makanan Diproses
Jumlah dagangan Malaysia dengan Kemboja
mencapai RM1.38 bilion pada 2013, peningkatan
sebanyak 16.2% dari tahun 2012 yang bernilai
RM1.17 bilion.
Eksport menurun sebanyak 3.5% kepada RM742.4
juta daripada RM769.3 juta pada tahun 2012. Eksport
utama ke Kemboja adalah tekstil dan pakaian,
minuman, kelengkapan pengangkutan, makanan
diproses dan kimia & produk kimia.
Import dari Kemboja meningkat sebanyak 54.4%
bernilai RM613.3 juta daripada RM397.1 juta pada
tahun 2012. Import utama adalah getah mentah
dengan nilai sebanyak RM194.6 juta dan bijirin
sebanyak RM152 juta, masing-masing
menyumbang 31.7% dan 24% daripada jumlah
import.
Kemboja
Perdagangan dengan Myanmar berkembang
sebanyak 5.2% kepada RM2.89 bilion daripada
RM2.74 bilion pada tahun 2012. Eksport ke Myanmar
meningkat sebanyak 3.9% kepada RM2.26 bilion
manakala import sebanyak 10.1% kepada RM624
juta. Lima eksport utama adalah minyak sawit,
dengan 30% syer daripada jumlah eksport; diikuti oleh
petroleum ditapis, kimia dan produk kimia, makanan
diproses, serta perkakasan & peralatan jentera. Import
bernilai RM0.62 bilion terdiri daripada getah mentah,
yang menyumbang 34.9% daripada keseluruhan
import; sayur-sayuran, akar dan ubi, 19.3%; makanan
laut, 12.3%; kayu balak dan kayu bergaji, 10.2% dan
makanan diproses, 7.8%.
Myanmar
12.8%
33.6%
10.4%
5.7%
5.6%
15.3%
36.4%
8.7%
7.6%
4.3%
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tinjauan Prestasi Perdagangan Malaysia 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
033
032