Barangan
Kemas
Eksport barangan kemas meningkat sebanyak 8.6%
kepada RM7.73 bilion dan sektor ini menyumbang
syer sebanyak 1.1% daripada jumlah eksport
barangan perkilangan.
Dalam sektor ini, barang kemas emas, perak dan
platinium adalah barangan eksport utama dengan nilai
RM7.23 bilion. Barangan ini mencatatkan peningkatan
sebanyak 16.6% serta menyumbang sebanyak
93.5% daripada jumlah eksport barang kemas.
Peningkatan ini adalah disebabkan oleh pengambilan
yang lebih tinggi daripada pasaran eksport utama
seperti Emiriah Arab Bersatu serta Singapura dan
peningkatan pembelian barang kemas untuk tujuan
pelaburan disebabkan oleh harga emas yang lebih
rendah.
Emiriah Arab Bersatu kekal sebagai pasaran
eksport terbesar bagi barang kemas, mencatat
pertumbuhan sebanyak 19.6% bernilai RM5.06 bilion
dan menyumbang 65.4% daripada jumlah eksport
barangan kemas. Singapura merupakan pasaran
eksport kedua terbesar bagi Malaysia untuk emas,
perak dan platinum dengan menyumbang sebanyak
20.3% daripada jumlah eksport bernilai RM1.57
bilion.
Kedua-dua Emiriah Arab Bersatu dan Singapura
terus menjadi pusat pengedaran utama barangan
kemas Malaysia.
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tinjauan Prestasi Perdagangan Malaysia 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
051
050
Perabot menyumbang 1.02% daripada jumlah eksport
Malaysia pada 2013, dengan nilai eksport sebanyak
RM7.4 bilion. Perabot kayu menyumbang sebanyak
79% daripada jumlah eksport perabot dengan nilai
sebanyak RM5.8 bilion, diikuti oleh tempat duduk
kenderaan bermotor dan alat ganti, perabot logam
dan perabot plastik, setiap satunya menyumbang
9.3%, 7.5% dan 0.3%. Destinasi eksport utama
bagi perabot kayu Malaysia pada tahun 2013 adalah
Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Singapura, United
Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Kanada, India dan
Arab Saudi.
Pertumbuhan eksport yang ketara didapati pada
eksport ke negara-negara rakan dagangan FTA iaitu
Republik Korea, Chile, Republik Rakyat China, New
Zealand dan Australia.
Antara eksport yang mencatatkan pertumbuhan
adalah tempat duduk kenderaan motor, yang
berkembang sebanyak 58.2% kepada RM44.2 juta.
Pasaran utama adalah Vietnam dan Republik Rakyat
China yang masing-masing meningkat sebanyak
885.8% dan 313%.
Perabot
1...,32-33,34-35,36-37,38-39,40-41,42-43,44-45,46-47,48-49,50-51 54-55,56-57,58-59,60-61,62-63,64-65,66-67,68-69,70-71,72-73,...260