Makluman Rasmi

Penggantungan Sementara Dana Eksport Perkhidmatan (SEF)

Tuan/Puan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Dana Eksport Perkhidmatan (SEF) digantung buat sementara waktu berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak. Sepanjang tempoh penggantungan ini, tiada permohonan baharu akan diterima, manakala permohonan yang telah diterima sebelum tarikh makluman ini akan diproses seperti biasa.

Pihak kami amat menghargai perhatian dan kerjasama daripada tuan/puan sepanjang tempoh ini. Sebarang perkembangan terkini berhubung pengaktifan semula dana akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat SEF di talian 03-6207 7077. Sekian, terima kasih.

SEF merupakan merupakan bantuan kewangan dalam bentuk geran pembayaran semula perbelanjaan kepada Syarikat Penyedia Perkhidmatan Malaysia (MSPs) bagi membantu dalam mengembangkan eksport dan menjalankan aktiviti-aktiviti penerokaan ke pasaran luar negara. Kelayakan siling bagi setiap syarikat yang memohon geran adalah bergantung kepada amaun maksimum bagi setiap aktiviti bagi tempoh 2021 - 2025.

Objektif:
  • Untuk meningkatkan daya saing MSPs di luar negara;
  • Untuk mengembangkan export MSPs di pasaran antarabangsa;
  • Untuk meluaskan skop promosi eksport dalam mendapatkan akses pasaran dan peluang eksport bagi perkhidmatan; dan
  • Untuk meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai penyedia perkhidmatan yang cekap dan jenama Malaysia sebagai pembekal perkhidmatan.

Kelayakan aktiviti:

(Sila rujuk muka surat 14 Garis Panduan SEF untuk maklumat lanjut)

Jenis Aktiviti:
RM 50,000.00
1

Aktiviti 1

Kos perjalanan dan penginapan sebagai peserta pertandingan antarabangsa untuk industri perkhidmatan yang diadakan di luar negara.

RM 50,000.00
2

Aktiviti 2

Kos perjalanan dan penginapan ke destinasi antarabangsa untuk bidaan tender;

dan/atau

kos pembelian dokumen tender untuk projek di luar negara.

RM 100,000.00
3

Aktiviti 3

Kos perjalanan dan penginapan untuk bertemu/ menjalin rangkaian/ menjalankan pembentangan kepada bakal pelanggan dan menerokai potensi perniagaan dan projek di luar negara.

RM 100,000.00
4

Aktiviti 4

Kos perjalanan dan penginapan dalam memberikan perkhidmatan untuk projek yang dimeterai yang dijalankan di luar negara (perundingan, pembekalan, penghantaran, dan pelaksanaan projek)

RM 1,000,000.00
5

Aktiviti 5

Kos menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk projek antarabangsa di luar negara

RM 200,000.00
6

Aktiviti 6

Kos penubuhan pejabat komersial di luar negara.

RM 50,000.00
7

Aktiviti 7

Kos mendapatkan laporan risikan/ pasaran komersial untuk menilai peluang perniagaan atau projek di pasaran antarabangsa.

RM 50,000.00
8

Aktiviti 8

Kos membangunkan prototaip/ penyesuaian sistem/ lokalisasi untuk memenuhi keperluan projek di luar negara.

RM 50,000.00
9

Aktiviti 9

Kos perjalanan, penginapan dan yuran penyertaan dalam program latihan antarabangsa yang diadakan di dalam/luar negara (fizikal/maya) berkaitan perkhidmatan syarikat.

RM 100,000.00
10

Aktiviti 10

Kos untuk memperoleh pensijilan antarabangsa dalam perkhidmatan eksport (termasuk pematuhan kepada kelestarian).

RM 200,000.00
11

Aktiviti 11

Kos penyewaan/langganan perisian;

dan/ atau

Kos penyewaan mesin/peralatan untuk perkhidmatan eksport ke luar negara.

RM 350,000.00
12

Aktiviti 12

Kos logistik (pengangkutan laut/udara/darat) yang terlibat dalam penghantaran produk dan/atau peralatan Malaysia ke luar negara (pintu ke pintu), untuk projek luar negara yang dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat perkhidmatan Malaysia

Notis Penting

Selaras dengan pembangunan sistem SEF yang baru, pemohon dikehendaki untuk mengemaskini nombor pendaftaran syarikat (ROC) yang terkini dan menetapkannya sebagai "default" ID/ROC bagi akaun bank syarikat. Sila berhubung dengan pihak bank yang telah didaftarkan bagi membolehkan proses pembayaran tuntutan SEF dibuat.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Pembangunan Pasaran
Tingkat 2, Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel: +603-6207 7077
Faks: +603-6203 7252
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.