The Official Portal Of Malaysia External Trade Development Corporation
ABMS merupakan standard kawalan dalaman MATRADE bagi mengenalpasti dan mencegah risiko rasuah, mengambil tindakan ke atas kesalahan jenayah rasuah, salah guna kuasa & penyelewengan serta mematuhi undang-undang rasuah.
Pembangunan ABMS ini dapat membantu MATRADE dalam mencegah, menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap apa sahaja bentuk rasuah serta mematuhi undang-undang, peraturan dan komitmen lain yang berkaitan.

Selaras dengan keperluan ABMS, prosedur-prosedur ABMS telah diwujudkan. Skop
ABMS MATRADE merangkumi tiga (3) komponen utama iaitu dua (2) Prosedur
Utama, 10 Prosedur Sokongan dan 11 Prosedur Pengurusan. Pelaksanaan
prosedur ABMS telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2026.
