The Official Portal Of Malaysia External Trade Development Corporation
PERDAGANGAN MALAYSIA NAIK 9.3% PADA JANUARI HINGGA OKTOBER 2024, PERDAGANGAN KEKAL KUKUH DENGAN NILAI LEBIHAN HAMPIR RM103 BILION#
Eksport Meningkat pada Oktober, Lebihan Dagangan ke-54 Bulan Berturut-turut Direkodkan
Perdagangan Malaysia kekal kukuh dan mencatatkan jumlah tertinggi bagi tempoh 10 bulan pertama setakat ini, meningkat 9.3% kepada RM2.383 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport mengembang 4.8% kepada RM1.243 trilion dan import naik 14.6% kepada RM1.140 trilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM102.77 bilion.
Bagi bulan Oktober 2024, perdagangan mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-10 bulan berturut-turut, meningkat 2.1% kepada RM244.26 bilion. Eksport naik 1.6% kepada RM128.12 bilion, manakala import mengembang dengan kadar yang lebih sederhana sebanyak 2.6% kepada RM116.14 bilion, menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM11.98 bilion. Ini merupakan lebihan dagangan yang ke-54 bulan berturut turut direkodkan sejak Mei 2020.
Pertumbuhan eksport pada Oktober 2024 telah didorong terutamanya oleh permintaan kukuh terhadap barangan perkilangan, yang mewakili 85.4% daripada jumlah eksport. Peningkatan telah dicatatkan sebanyak 1.9% kepada RM109.46 bilion berikutan kenaikan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), keluaran getah, barangan makanan diproses serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Dari segi pasaran, Malaysia mencatatkan pertumbuhan eksport ke Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Taiwan. Embargo sehingga jam 1200, Selasa, 19 November 2024 Berbanding September 2024, perdagangan, eksport dan import pada Oktober 2024 masing-masing meningkat sebanyak 4.2%, 3.7% dan 4.8%.
Menurut Tinjauan Ekonomi 2025 yang diterbitkan baru-baru ini, perdagangan Malaysia diunjur berkembang sebanyak 9.4% pada tahun 2024, dengan eksport dan import masing-masing naik sebanyak 5.6% dan 13.8%. Sementara itu, pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia terus mampan pada suku ketiga tahun 2024, meningkat sebanyak 5.3%, merupakan pertumbuhan kukuh sukuan tahun yang ketiga berturut-turut. Ini meletakkan negara di landasan yang betul ke arah mencapai unjuran pertumbuhan KDNK oleh Kementerian Kewangan (MOF) di antara 4.8% hingga 5.3% pada tahun 2024.
Walau bagaimanapun, sebagai sebuah negara perdagangan terbuka, Malaysia turut terdedah kepada risiko global yang boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonominya, termasuklah ketegangan geopolitik yang meruncing, gangguan rantaian bekalan, ketidaktentuan pasaran kewangan dan prospek pertumbuhan yang tidak sekata antara rakan dagang. Berikutan ini, MITI dan MATRADE akan sentiasa bersedia untuk memastikan risiko terhadap pertumbuhan perdagangan dipantau secara lebih rapat dan seterusnya dapat dikurangkan, khasnya melalui aktiviti promosi pemasaran yang dipertingkatkan dan pembukaan pasaran baharu untuk eksport Malaysia.
Pada Oktober 2024, eksport barangan perkilangan yang mewakili 85.4% daripada jumlah eksport Malaysia mencatatkan peningkatan berbanding pertumbuhan negatif pada bulan lepas, naik 1.9% tahun ke tahun kepada RM109.46 bilion hasil kenaikan eksport barangan E&E, keluaran getah, barangan makanan diproses serta jentera, kelengkapan dan peralatan.
Eksport keluaran pertanian (7.6% syer) mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang ketujuh bulan berturut-turut, bertambah 8.9% kepada RM9.72 bilion. Ini disebabkan oleh kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit berikutan kenaikan kuantiti dan harga eksport.
Sementara itu, eksport hasil galian (6% syer) mengurang 12.1% tahun ke tahun kepada RM7.73 bilion disebabkan oleh eksport yang agak perlahan bagi petroleum mentah berikutan penyusutan kuantiti dan harga eksport. Walau bagaimanapun, eksport gas asli cecair (LNG) merekodkan pertambahan yang didorong oleh kenaikan kuantiti dan harga eksport.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport barangan perkilangan, keluaran pertanian dan hasil galian masing-masing mengembang sebanyak 2.3%, 8.2% dan 12.5%.
Pada tempoh 10 bulan pertama tahun 2024, eksport barangan perkilangan meningkat 4.8% kepada RM1.064 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023, disumbangkan oleh eksport yang kukuh bagi jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan E&E serta barangan makanan diproses. Eksport keluaran pertanian mengembang 9.4% kepada RM85.57 bilion berikutan kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli. Sementara itu, eksport hasil galian menyusut 1.1% kepada RM84.65 bilion, berikutan permintaan yang lebih rendah bagi bijih logam dan serpihan logam serta petroleum mentah.
Pada Oktober 2024, perdagangan Malaysia dengan rakan dagang utama iaitu ASEAN, China, AS, EU dan Taiwan, merangkumi 68.3% syer daripada jumlah perdagangan Malaysia pada bulan ini.
Perdagangan dengan ASEAN pada Oktober 2024 yang menyerap 25.3% daripada jumlah perdagangan Malaysia menyusut 4.1% tahun ke tahun kepada RM61.73 bilion. Eksport menguncup 3.1% kepada RM35.42 bilion berikutan pengurangan eksport keluaran petroleum, petroleum mentah serta kimia dan bahan kimia. Walau bagaimanapun, kenaikan eksport telah direkodkan bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan makanan diproses. Import dari ASEAN mengurang 5.3% kepada RM26.32 bilion.
| • | Singapura | RM18.86 bilion, meningkat 5.6%, tahun ke tahun; | |
| • | Indonesia | RM5.11 bilion, ↑13.8%; | |
| • | Thailand | RM4.63 bilion, ↑0.4%; | |
|
• |
Viet Nam |
RM3.90 bilion, ↓30.6%; |
|
|
• |
Filipina |
RM2.16 bilion, ↓17.2%; |
|
|
• |
Brunei |
RM338.1 juta, ↓62.3%; |
|
|
• |
Myanmar |
RM207.0 juta, ↓27.9%; |
|
|
• |
Kemboja |
RM204.4 juta, ↑36.0%; dan |
|
|
• |
Lao PDR |
RM6.6 juta, ↓62.6%. |
Eksport ke pasaran utama ASEAN yang merekodkan pertumbuhan adalah Singapura, meningkat sebanyak RM998.3 juta tahun ke tahun dan Thailand, naik sebanyak RM16.3 juta disumbangkan oleh pengembangan eksport barangan E&E. Sementara itu, eksport ke Indonesia bertambah RM618.3 juta berikutan eksport yang kukuh bagi keluaran petroleum.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan dan eksport masing-masing bertambah 1.4% dan 4.2%, manakala import menguncup 2.2%.
Pada tempoh 10 bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan ASEAN mengembang 6.2% kepada RM637.94 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport ke rantau ini meningkat 4.1% kepada RM365.39 bilion disokong oleh kenaikan eksport keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan perkilangan logam. Import dari ASEAN meningkat 9.2% kepada RM272.55 bilion.
Pada Oktober 2024, perdagangan dengan China yang merangkumi 16.8% daripada jumlah perdagangan Malaysia menurun 3.2% tahun ke tahun kepada RM40.99 bilion. Eksport menyusut 6.5% kepada RM16.05 bilion berikutan pengurangan eksport barangan E&E. Di sebalik penyusutan ini, eksport yang kukuh telah direkodkan bagi jentera, kelengkapan dan peralatan, keluaran getah serta barangan optik dan saintifik.
Import dari China menurun 1% kepada RM24.93 bilion. Berbanding September 2024, perdagangan dan import masing-masing meningkat 9.6% dan 17.2%, manakala eksport mengurang secara marginal sebanyak 0.5%.
Pada tempoh 10 bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan China mengembang sebanyak 7.6% kepada RM396.14 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport menurun 2.4% kepada RM153.16 bilion berikutan pengurangan permintaan bagi barangan E&E serta bijih logam dan serpihan logam. Walau bagaimanapun, penurunan ini telah diimbangi oleh eksport yang kukuh bagi barangan kertas dan palpa serta LNG. Import dari China naik 15% kepada RM242.98 bilion.
Pada Oktober 2024, perdagangan dengan AS yang merangkumi 12.2% daripada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat sebanyak 35.1% tahun ke tahun kepada RM29.85 bilion. Eksport merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun yang ke-10 bulan berturut-turut, naik 32.5% kepada RM18.93 bilion disumbangkan oleh pertambahan eksport barangan E&E. Import dari AS melonjak 39.8% kepada RM10.91 bilion.
Berbanding September 2024, perdagangan dan eksport masing-masing naik sebanyak 10.3% dan 17.4%, manakala import menyusut 0.1%.
Pada tempoh 10 bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan AS bertambah 29.1% kepada RM264.28 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 19.2% kepada RM159.41 bilion dipacu oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan optik dan saintifik. Import dari AS melonjak 47.6% kepada RM104.87 bilion.
Pada Oktober 2024, perdagangan dengan EU yang menyumbang 7.9% kepada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 6.3% tahun ke tahun kepada RM19.23 bilion, merupakan pertumbuhan tahun ke tahun yang ketujuh bulan berturut-turut. Eksport merekodkan pertumbuhan tahun ke tahun yang keempat bulan berturut-turut, bertambah 7.7% kepada RM10.52 bilion disebabkan oleh kenaikan eksport minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit, barangan makanan diproses dan keluaran getah. Import dari EU meningkat 4.8% kepada RM8.71 bilion.
Pecahan eksport ke 10 pasaran utama EU yang mewakili 91.8% daripada jumlah eksport Malaysia ke rantau ini adalah:
Antara pasaran utama EU yang merekodkan pertumbuhan adalah Belanda yang meningkat RM818.2 juta tahun ke tahun, disebabkan oleh kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, Jerman yang bertambah RM152.7 juta berikut kenaikan eksport barangan optik dan saintifik, dan Perancis yang mengembang sebanyak RM114.8 juta disokong oleh kenaikan eksport kelengkapan pengangkutan.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing meningkat 7.6%, 6.2% dan 9.4%.
Pada tempoh 10 bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan EU naik 6.1% kepada RM182.32 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport bertambah 3.3% kepada RM97.17 bilion didorong oleh peningkatan eksport minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit, keluaran getah dan barangan makanan diproses. Import dari EU mengembang 9.5% kepada RM85.15 bilion.
Pada Oktober 2024, perdagangan dengan Taiwan yang merangkumi 6.2% daripada jumlah perdagangan Malaysia melonjak 36.3% tahun ke tahun kepada RM15.09 bilion berbanding Oktober 2023. Eksport merekodkan pertumbuhan dua digit yang ke-10 bulan berturut-turut, meningkat 49% kepada RM5.85 bilion, disokong oleh eksport yang kukuh bagi barangan E&E serta barangan optik dan saintifik. Import dari Taiwan bertambah 29.4% kepada RM9.24 bilion.
Berbanding September 2024, import naik 11.7%, manakala perdagangan dan eksport masing-masing mengurang 2.4% dan 18.6%.
Pada tempoh 10 bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan Taiwan mengembang 37.3% kepada RM144.22 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport melonjak 51.6% kepada RM54.53 bilion berikutan eksport yang kukuh bagi barangan E&E serta barangan optik dan saintifik. Import dari Taiwan mengembang sebanyak 29.9% kepada RM89.68 bilion.
Pada Oktober 2024, perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mewakili 63.6% daripada jumlah perdagangan Malaysia menyusut secara marginal sebanyak 2% tahun ke tahun kepada RM155.32 bilion. Eksport ke rakan dagang FTA jatuh 3.3% kepada RM83.41 bilion manakala import mengurang 0.5% kepada RM71.91 bilion.
Meskipun jumlah eksport ke rakan dagang FTA menyusut, kenaikan eksport telah direkodkan ke India yang bertambah sebanyak 23.4% tahun ke tahun kepada RM4.86 bilion dan eksport ke Pakistan naik 17.2% kepada RM394.6 juta, berikutan peningkatan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Eksport ke New Zealand mengembang 16% tahun ke tahun kepada RM538.1 juta dan eksport ke Chile meningkat 87.2% kepada RM90.4 juta, disokong oleh pertambahan eksport kimia dan bahan kimia. Sementara itu, eksport ke Turkiye melonjak 65.9% kepada RM1.91 bilion berikutan eksport yang kukuh bagi barangan besi dan keluli dan eksport ke Kanada bertambah 25.9% kepada RM476.8 juta berikutan kenaikan eksport barangan E&E.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing meningkat 3.1%, 2.7% dan 3.5%.
Pada tempoh 10 bulan pertama tahun 2024, perdagangan dengan rakan dagang FTA meningkat 5.3% kepada RM1.550 trilion, eksport naik 1.2% kepada RM836.77 bilion dan import mengembang sebanyak 10.5% kepada RM713.62 bilion, berbanding tempoh yang sama tahun 2023.
Jumlah import pada Oktober 2024 meningkat 2.6% tahun ke tahun kepada RM116.14 bilion. Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 72.8% daripada jumlah keseluruhan import adalah:
Berbanding September 2024, import meningkat sebanyak 4.8%. Import barangan perantaraan dan barangan penggunaan masing-masing mengembang 6.6% dan 9.5%, manakala import barangan modal menurun 27%.
Pada tempoh 10 bulan pertama tahun 2024, import naik 14.6% kepada RM1.140 trilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Import barangan perantaraan meningkat
23.8% kepada RM624.49 bilion, import barangan modal bertambah 34% kepada RM136.26 bilion dan import barangan penggunaan naik 14% kepada RM97.09 bilion.