Pensijilan MS ISO 9001:2015 di MATRADE

Pensijilan MS ISO 9001:2015 di MATRADE.

MATRADE telah berjaya dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2015 berkuatkuasa mulai 17 Ogos 2022 hingga 6 Oktober 2025.

Usaha MATRADE untuk memiliki sijil ini bertujuan untuk menambahbaik sistem penyampaian MATRADE di mana ia membantu organisasi dalam mengenal pasti kekurangan di dalam operasi kami dan langkah-langkah penyelesaian dalam menangani sebarang isu. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) juga memastikan amalan terbaik MATRADE didokumentasikan untuk kegunaan masa akan datang.

Skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MATRADE adalah program galakan eksport meliputi empat (4) aktiviti utama MATRADE iaitu:

Pengurusan Pameran Perdagangan Antarabangsa (PPA)

Pengurusan Pusat Pameran Eksport Malaysia (MEEC)

Pengurusan Export Acceleration Mission (EAM)

Pengurusan Program Latihan Pengeksport

Selain itu, pelaksanaan SPK MATRADE ini turut disokong oleh beberapa aktiviti sokongan merangkumi:

Pengendalian Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Perancangan Pameran Perdagangan Antarabangsa (PPA) dan Export Acceleration Mission (EAM) Tahunan

Perancangan Tahunan Program Latihan Pengeksport

Penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus dan Pembangunan Tahunan

Kawalan Dokumen

Pengurusan Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan/ Kerja

Pengurusan Aduan Awam/ Pelanggan

Kawalan Produk & Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi Keperluan Pelanggan

Tindakan Pembetulan

Pengurusan Risiko

Kawalan Rekod

Audit Kualiti Dalaman

Pengurusan Kompetensi dan Latihan

Pengurusan Fasiliti

Pengurusan IT Berkaitan Aktiviti Galakan Eksport

Pengurusan IT Berkaitan Aktiviti Galakan Eksport

Pengurusan Perubahan

Sijil dan Polisi Kualiti MATRADE

Image

Dasar Kualiti SPK MATRADE

Image

Sijil ISO (English)

Image

Sijil ISO (Bahasa Malaysia)

FaLang translation system by Faboba