Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
Eksport E&E yang Kukuh Memacu Perdagangan, Eksport dan Import ke Paras Tertinggi dalam Sejarah, Catat Pertumbuhan Perdagangan Tahun ke Tahun Terpantas dalam Tempoh 43 Bulan
Prestasi perdagangan Malaysia pada April 2026 kekal berdaya tahan, disokong oleh pengembangan berterusan dalam pasaran dan barangan eksport utama. Meskipun berdepan ketidaktentuan global yang semakin meruncing berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang menyebabkan kenaikan kos logistik, gangguan rantaian bekalan serta ketidaktentuan harga komoditi, perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi cemerlang pada April 2026 dan meneruskan trajektori pertumbuhan positif, dengan perdagangan, eksport dan import merekodkan nilai bulanan tertinggi setakat ini.
Perdagangan meningkat 28.6% tahun ke tahun, pertumbuhan terpantas sejak September 2022, dan mencapai nilai RM336.73 bilion. Eksport pula meneruskan momentum pertumbuhan bagi bulan ke-10 berturut-turut dengan kenaikan sebanyak 36.9% kepada RM182.74 bilion, melonjak hampir RM30 bilion berbanding rekod tertinggi sebelum ini (Disember 2025: RM152.77 bilion). Sementara itu, import berkembang 20.0% kepada RM153.99 bilion. Lebihan dagangan sebanyak RM28.75 bilion dihasilkan, dan merupakan lebihan yang ke-72 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.Â
Muat turun PDF:
Prestasi Perdagangan : April 2026 dan Januari - April 2026
Prestasi Perdagangan : April 2026 dan Januari - April 2026 (Infografik)