Portal Rasmi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA
NILAI PERDAGANGAN SEPARUH PERTAMA TERTINGGI#
Nilai Perdagangan Tertinggi pada Separuh Pertama 2024 Didorong oleh Perdagangan, Eksport dan Import yang Kukuh pada Bulan Jun
Perdagangan Malaysia mengekalkan trajektori peningkatan, berkembang secara konsisten sejak Januari 2024 dan merekodkan kenaikan 8.7% tahun ke tahun pada Jun 2024 kepada RM237.81 bilion. Eksport mencatatkan pertumbuhan bagi bulan ketiga berturut-turut, meningkat 1.7% kepada RM126.05 bilion manakala import naik 17.8% kepada RM111.76 bilion. Lebihan dagangan berjumlah RM14.29 bilion, merupakan lebihan yang ke-50 bulan berturut-turut dicatatkan sejak Mei 2020.ertumbuhan eksport disumbangkan terutamanya oleh permintaan yang lebih tinggi bagi jentera, kelengkapan dan peralatan, gas asli cecair (LNG) serta barangan perkilangan berasaskan minyak sawit. Dari segi pasaran, pengembangan eksport dicatatkan ke rakan dagang utama khasnya ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan Taiwan. Eksport ke AS dan Taiwan mencatatkan peningkatan ketara dengan pertumbuhan dua digit.
Pada separuh pertama (H1) tahun 2024, perdagangan meningkat 8.4% kepada RM1.396 trilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport mengembang 3.9% kepada RM731.11 bilion dan import naik 13.8% kepada RM664.99 bilion. Lebihan dagangan sebanyak RM66.12 bilion dicatatkan. Perdagangan merekodkan nilai tertinggi bagi tempoh ini.
Dari segi barangan perkilangan, eksport jentera, kelengkapan dan peralatan melonjak sebanyak 22.3% pada 1H 2024 kepada RM33.23 bilion khasnya mesin dan perkakasan bagi pembuatan semikonduktor serta alat ganti. Ini dilihat selari dengan unjuran oleh Embargo sehingga jam 1200, Khamis, 18 Julai 2024 Embargo sehingga jam 1200, Khamis, 18 Julai 2024 2 Semiconductor Equipment and Materials International (SEMI) di mana jualan global peralatan pembuatan semikonduktor oleh OEM meningkat sebanyak 3.4% pada tahun 2024. Malaysia disenaraikan sebagai pengeksport global ke-10 terbesar bagi barangan E&E dan pengeksport ke-6 terbesar bagi semikonduktor pada tahun 2023.
Eksport minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit pada 1H 2024 meningkat sebanyak 4.1% berbanding pertumbuhan negatif yang dicatatkan pada 1H 2023. Eksport minyak sawit diunjur kekal kukuh pada separuh kedua (2H) tahun 2024, disokong oleh permintaan yang lebih tinggi terutamanya dari India dan Republik Rakyat China (China).
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
18 JULAI 2024
Mengenai MITI
MITI ialah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pelaburan berkualiti dan mengukuhkan lagi status negara yang semakin meningkat sebagai sebuah negara perdagangan yang berdaya saing di peringkat dunia. Objektif dan peranannya berorientasi kepada memastikan pembangunan pesat ekonomi Malaysia serta membantu mencapai matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju.
Pertanyaan media:
Unit Komunikasi Strategik, MITI
Tel : +603 6200 0083
Faks : + 603 6206 4293
Email :
Pada Jun 2024, eksport barangan perkilangan yang mewakili 87.1% daripada jumlah eksport mengembang 1% kepada RM109.74 bilion, pertumbuhan tahun ke tahun yang keempat bulan berturut-turut. Ini disumbangkan oleh kenaikan eksport jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan perkilangan berasaskan minyak sawit, keluaran getah serta barangan optik dan saintifik.
Eksport hasil galian (6.3% syer) pulih dengan peningkatan dua digit tahun ke tahun sebanyak 15.1% kepada RM7.95 bilion disumbangkan oleh kenaikan eksport LNG berikutan peningkatan kuantiti serta petroleum mentah, disebabkan harga yang lebih tinggi.
Sementara itu, eksport keluaran pertanian (6.1% syer) naik 1.7% kepada RM7.63 bilion, pertumbuhan tahun ke tahun yang ketiga bulan berturut-turut. Pertumbuhan ini disokong oleh eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit yang disumbangkan oleh peningkatan kuantiti dan harga eksport.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, eksport hasil galian meningkat 3.6% manakala eksport barangan perkilangan dan keluaran pertanian masing-masing menguncup sebanyak 0.6% dan 15.8%.
Bagi 1H 2024, eksport barangan perkilangan bertambah 3.9% kepada RM623.71 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023, disumbangkan oleh peningkatan eksport jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan besi dan keluli serta barangan optik dan saintifik. Sementara itu, eksport hasil galian meningkat 3.5% kepada RM54.8 bilion disumbangkan oleh eksport yang kukuh bagi petroleum mentah dan LNG manakala eksport keluaran pertanian naik 3.8% kepada RM47.68 bilion disebabkan oleh kenaikan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit serta getah asli.
Pada Jun 2024, rakan dagang utama Malaysia adalah ASEAN, China, AS, Kesatuan Eropah (EU) dan Taiwan yang mewakili 68.6% syer daripada jumlah perdagangan Malaysia.
Pada Jun 2024, perdagangan dengan ASEAN yang merangkumi 27.3% daripada jumlah perdagangan Malaysia mengembang 5.2% tahun ke tahun kepada RM65.03 bilion. Eksport meningkat secara konsisten sejak April 2024, naik 2.1% kepada RM38.48 bilion disokong oleh pertumbuhan eksport LNG, petroleum mentah serta jentera, kelengkapan dan peralatan. Import dari ASEAN menokok 10% kepada RM26.55 bilion.
|
• |
Singapura |
RM20.41 bilion, menurun 3%, tahun ke tahun; |
|
|
• |
Thailand |
RM5.62 bilion, ↑28.7%; |
|
|
• |
Viet Nam |
RM4.74 bilion, ↑15.1%; |
|
|
• |
Indonesia |
RM4.23 bilion, ↓6.9%; |
|
|
• |
Filipina |
RM2.18 bilion, ↓9.0%; |
|
|
• |
Brunei |
RM683.3 juta, ↑20.9%; |
|
| • | Myanmar |
RM374.1 juta, ↑4.1%; |
|
| • | Kemboja | RM232.5 juta, ↓15.0%; dan | |
| • | Lao PDR | RM8.0 juta, ↓56.5%. |
Eksport ke pasaran utama ASEAN yang merekodkan pertumbuhan adalah Thailand yang meningkat sebanyak RM1.25 bilion tahun ke tahun berikutan kenaikan eksport petroleum mentah dan Viet Nam, meningkat RM623.1 juta disumbangkan oleh pertambahan eksport barangan E&E.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing menurun sebanyak 5%, 4.1% dan 6.2%.
Bagi 1H 2024, perdagangan dengan ASEAN meningkat 7% kepada RM379.96 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport ke rantau ini naik 4.3% kepada RM219.9 bilion, disokong oleh permintaan yang kukuh bagi keluaran petroleum, jentera, kelengkapan dan peralatan serta petroleum mentah. Import dari ASEAN bertambah 10.9% kepada RM160.06 bilion.
Pada Jun 2024, perdagangan dengan China yang menyerap 17.3% daripada jumlah perdagangan Malaysia mengembang 14.6% tahun ke tahun kepada RM41.1 bilion, merupakan pertumbuhan dua digit yang ketiga bulan berturut-turut. Namun begitu, eksport menguncup 2% kepada RM16.36 bilion disebabkan oleh penurunan eksport barangan E&E. Penyusutan ini walau bagaimanapun telah diimbangi oleh pertambahan eksport LNG, barangan kertas dan palpa serta barangan perkilangan berasaskan minyak sawit. Import dari China naik 29.1% kepada RM24.73 bilion.
Berbanding Mei 2024, eksport meningkat 4% manakala perdagangan dan import masing-masing menurun sebanyak 2% dan 5.6%.
Perdagangan dengan China pada 1H 2024 mengembang sebanyak 8.9% kepada
RM234.09 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport mengurang 1.1% kepada RM90.7 bilion berikutan penyusutan eksport barangan E&E namun diimbangi oleh kenaikan eksport barangan kertas dan palpa, LNG dan barangan perkilangan logam. Import dari China bertambah 16.5% kepada RM143.39 bilion.
Perdagangan dengan AS pada Jun 2024 yang merangkumi 10.4% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 22.3% tahun ke tahun kepada RM24.67 bilion. Eksport mengekalkan kenaikan dua digit bagi tiga bulan berturut-turut, meningkat 14% kepada RM15.55 bilion. Pertumbuhan ini disumbangkan oleh permintaan yang kukuh bagi barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan optik dan saintifik. Import dari AS melonjak 39.6% kepada RM9.12 bilion.
Berbanding Mei 2024, perdagangan, eksport dan import masing-masing menyusut sebanyak 8.7%, 3.4% dan 16.5%.
Bagi 1H 2024, perdagangan dengan AS meningkat 18.8% kepada RM140.53 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 12.1% kepada RM86.91 bilion hasil kenaikan eksport barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan serta barangan optik dan saintifik. Import dari AS naik 31.6% kepada RM53.62 bilion.
Pada Jun 2024, perdagangan dengan EU merangkumi 7.3% daripada jumlah perdagangan Malaysia, mengembang 1% tahun ke tahun kepada RM17.34 bilion. Walau bagaimanapun, eksport menurun 8.2% kepada RM8.75 bilion, disebabkan oleh pengurangan eksport barangan E&E, barangan perkilangan logam serta barangan optik dan saintifik. Namun begitu, pengurangan ini telah diimbangi oleh kenaikan eksport minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit, keluaran getah serta barangan makanan diproses. Import dari EU meningkat 12.5% kepada RM8.59 bilion.
Pecahan eksport ke 10 pasaran utama EU yang mewakili 90.9% daripada jumlah eksport Malaysia ke rantau ini adalah:
|
• |
Belanda |
RM2.50 bilion, menurun 15.8%, tahun ke tahun; |
|
• |
Jerman |
RM2.44 bilion, ↓15.3%; |
|
• |
Sepanyol |
RM588.7 juta, ↑20.2%; |
|
• |
Itali |
RM587.7 juta, ↑35.1%; |
|
• |
Belgium |
RM566.0 juta, ↓13.1%; |
|
• |
Perancis |
RM381.9 juta, ↓7.1%; |
|
• |
Poland |
RM299.7 juta, ↓2.2%; |
|
• |
Hungary |
RM259.2 juta, ↑28.9%; |
| • | Republik Czech | RM184.0 juta, ↓8.6%; dan |
| • | Sweden | RM151.0 juta, ↑18.9%. |
Eksport ke pasaran utama EU yang merekodkan pertumbuhan adalah meningkat sebanyak RM98.9 juta tahun ke tahun disebabkan oleh kenaikan eksport barangan perkilangan berasaskan minyak sawit dan mengembang sebanyak RM152.5 juta dipacu oleh pertambahan permintaan bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing menguncup sebanyak 7.3%, 10.5% dan 3.7%.
Bagi 1H 2024, perdagangan dengan EU meningkat 4.1% kepada RM106.05 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023. Eksport naik 0.1% kepada RM56.08 bilion disumbangkan oleh pertambahan eksport minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit, barangan makanan diproses serta barangan E&E. Import dari EU naik 9% kepada RM49.97 bilion.
Pada Jun 2024, perdagangan dengan Taiwan yang merangkumi 6.3% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 39.1% kepada RM15.05 bilion berbanding Jun 2023. Eksport melonjak 54.5% kepada RM6.11 bilion, nilai tertinggi yang direkodkan setakat ini. Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan E&E serta barangan optik dan saintifik. Import dari Taiwan bertambah 30.2% kepada RM8.94 bilion.
Berbanding Mei 2024, perdagangan, eksport dan import masing-masing mengembang sebanyak 8.8%, 14.3% dan 5.3%.
Bagi 1H 2024, perdagangan dengan Taiwan naik 30.7% kepada RM82.88 bilion berbanding enam bulan pertama tahun 2023. Eksport meningkat dengan ketara sebanyak 44.3% kepada RM30.85 bilion disokong oleh pertambahan eksport barangan E&E serta barangan optik dan saintifik. Import dari Taiwan naik 23.8% kepada RM52.03 bilion.
Pada Jun 2024, perdagangan dengan rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang merangkumi 66% daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 5.8% tahun ke tahun kepada RM157.02 bilion. Namun begitu, eksport ke rakan dagang FTA mengurang secara marginal sebanyak 0.3% kepada RM87.12 bilion manakala import mengembang 14.7% kepada RM69.9 bilion.
Meskipun jumlah eksport ke rakan dagang FTA menyusut, kenaikan eksport telah direkodkan ke India yang naik sebanyak 10.9% tahun ke tahun kepada RM4.13 bilion dan Peru (↑24.9% kepada RM47 juta), disumbangkan oleh peningkatan eksport jentera, kelengkapan dan peralatan. Sementara itu, eksport ke Mexico mengembang 15.1% kepada RM2.11 bilion, disumbangkan oleh pertambahan eksport keluaran petroleum, Turkiye (↑4.6% kepada RM1.48 bilion, tekstil, pakaian dan kasut), Kanada (↑64% kepada RM550.2 juta, barangan E&E) dan Pakistan (↑26.8% kepada RM454.9 juta, minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit).
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, perdagangan, eksport dan import masingmasing menurun 2.5%, 0.4% dan 5%.
Bagi 1H 2024, perdagangan dengan rakan dagang FTA meningkat 5.7% kepada RM922.14 bilion, eksport naik 1.4% kepada RM500.77 bilion dan import bertambah 11.3% kepada RM421.37 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2023.
Jumlah import pada Jun 2024 naik 17.8% tahun ke tahun kepada RM111.76 bilion. Tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang merangkumi 73.4% daripada jumlah keseluruhan import adalah:
Berbanding Mei 2024, import pada Jun 2024 menguncup sebanyak 5.4%. Import barangan perantaraan, modal dan penggunaan masing-masing menurun sebanyak 10.7%, 13.6% dan 9.2%.
Bagi 1H 2024, import mengembang 13.8% kepada RM664.99 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Import barangan perantaraan meningkat 21.2% kepada RM361.73 bilion, barangan modal (↑35% kepada RM76.95 bilion) dan barangan penggunaan (↑15.2% kepada RM57.32 bilion).
Nota: