Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTCDP) telah ditubuhkan oleh MATRADE pada 2014 untuk membantu syarikat peringkat pertengahan (MTC) tempatan di Malaysia mempercepatkan pertumbuhan eksport dan untuk mengukuhkan fungsi perniagaan teras. Hanya 50 MTC berprestasi tinggi akan dipilih setiap tahun untuk menyertai program 9 bulan ini.  MTC di Malaysia ditakrifkan sebagai syarikat dengan pendapatan tahunan antara RM50 juta hingga RM500 juta dalam sektor pembuatan dan antara RM20 juta hingga RM500 juta dalam sektor lain.
Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC) dan sumbangan mereka kepada Malaysia

MTC mewakili kuasa penggerak utama di sebalik ekonomi Malaysia. Terdapat kira-kira 10,000 MTC di Malaysia, dan walaupun hanya 2% daripada semua syarikat Malaysia, MTC secara kolektif menyumbang ~40% daripada KDNK negara dan menggaji lebih 16% tenaga kerja.  Sehingga kini MATRADE telah membantu 275 MTC dalam program ini dan komited terhadap kejayaan berterusan mereka ke arah mempercepatkan pertumbuhan eksport dan pengembangan mereka ke pasaran baharu.

Harapan MATRADE daripada syarikat yang mengambil bahagian

MTC yang mengambil bahagian dalam program ini mestilah:

  • Mampu menanggung perbelanjaan sampingan - contohnya perbelanjaan perjalanan untuk sebarang acara promosi di luar negara. Kos konsultasi untuk 2014 peserta akan ditanggung sepenuhnya oleh MATRADE
  • Sentiasa komited, dengan CEO dan pengurusan kanan mendedikasikan kira-kira 1 hari/bulan untuk program selama 9 bulan
  • Bersedia untuk berkongsi maklumat khusus syarikat (dengan mengambil kira perjanjian tanpa pendedahan), melibatkan diri secara mendalam dalam pelan tindakan dan menerima pakai cadangan daripada penasihat program MTC untuk mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan prestasi perniagaan

Program Ramp-Up Syarikat Peringkat Pertengahan

Program Ramp-Up Syarikat Peringkat Pertengahan merupakan program yang bermula sejak dari tahun 2016. Program ini merupakan program lanjutan dua tahun untuk MTC yang telah berjaya melengkapkan program MTCDP. Sepanjang tempoh dua tahun ini, MTC akan terus menerima bantuan untuk meningkatkan lagi akses pasaran dan keupayaan eksport mereka.

Selain daripada berfungsi sebagai saluran untuk meneruskan sokongan eksport, program ini juga memantau dalam pembangunan kemajuan dan perkembangan MTC. Ini membantu MATRADE dalam mengubahsuai dan menilai semula keberkesanan bantuan sokongan yang telah diberikan. Bekas graduan MTCDP juga secara automatik didaftarkan sebagai ahli alumni, yang dipanggil Kelab CEO. Kelab CEO ialah saluran tidak formal untuk MTC menjalin rangkaian, bertukar-tukar idea dan berkongsi penyelesaian mengenai pelbagai isu. Mesyuarat Kelab CEO pertama telah diadakan pada 31 Mei 2016.

Para Peserta
Muat turun senarai MTC
Faedah menyertai program:

Program Ramp-Up Syarikat Peringkat Pertengahan akan membantu MTC untuk:

  • Menjamin saluran pengedaran yang berkesan di pasaran;
  • Mempergiatkan market deepening dalam pasaran berpotensi tinggi (contoh melalui perkongsian strategik, pemerolehan syarikat atau permulaan perniagaan baharu); dan
  • Menembusi pasaran baharu secara kolektif melalui pengumpulan dan perkongsian kos dan sumber, yang boleh meningkatkan perniagaan Malaysia di pasaran asing.
Siapa yang boleh memohon?

Memandangkan program ini adalah lanjutan daripada MTCDP, hanya graduan MTCDP yang layak memohon..


Kisah Kejayaan

ix telecom thumbs
IX Telecom Sdn Bhd

Untuk maklumat lanjut mengenai program atau jika anda berminat untuk memohon, sila hubungi kami di:

Unit Syarikat Peringkat Pertengahan
Tingkat 15 (East Wing), Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.