Meningkatkan Kecekapan dan
Menggalakkan Infrastruktur
Pengkomputeran Hijau
Pembudayaan IT
Pada tahun 2013, MATRADE menubuhkan
Disaster Recovery
Site
sejajar dengan arahan yang ditetapkan oleh MAMPU.
Satu Pelan Kesinambungan Perniagaan yang komprehensif
juga sedang dirancang untuk melaksanakan pengurusan
kesinambungan perniagaan di lain-lain kawasan.
Dalam menggalakkan teknologi hijau, MATRADE
mempergiatkan usahanya dalam teknologi virtualisasi dan
mempunyai 26 mesin maya yang akan mengurangkan
permintaan kuasa elektrik. Virtualisasi membenarkan model
operasi yang lebih ketara dan cekap untuk ruang, kuasa dan
penggunaan penyejukan. Semua perkhidmatan infrastruktur
kritikal MATRADE dan sistem aplikasi menggunakan
perkhidmatan pusat virtualisasi.
Bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan
kemahiran IT di kalangan kakitangan MATRADE,
sebanyak 89 sesi latihan telah diadakan untuk
769 kakitangan MATRADE termasuk di pejabat
luar negara dan pejabat cawangan. Keupayaan
dan kemahiran kakitangan IT juga dipertingkatkan
dengan anjuran latihan teknikal.
LAPORAN TAHUNAN 2013
Mempertingkatkan Penyampaian Perkhidmatan
116
Jumlah kakitangan MATRADE pada tahun
2013 adalah 615, termasuk kakitangan ambilan
tempatan yang berpangkalan di pejabat luar
negara di seluruh dunia. Dengan berpegangkan
komitmen untuk berkhidmat kepada pelanggan,
sama ada pengeksport dan komuniti perniagaan
Malaysia ataupun pembeli asing, pihak pengurusan
memastikan agar setiap pegawai dan kakitangan
MATRADE dilengkapi dengan pengetahuan
dan kemahiran latihan yang diperlukan demi
menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.
Pada tahun 2013, sebanyak 156 program latihan
dan pembangunan sumber manusia telah diadakan
untuk kakitangan MATRADE dalam bidang
kepimpinan, pengurusan, pembangunan peribadi,
ICT serta kursus kerja yang spesifik.
Mempertingkatkan
Profesionalisme
Perkongsian Pengalaman
- Program Latihan
Negara Ketiga
Pada tahun 2013, satu program bantuan teknikal
baru dibawah inisiatif Program Kerjasama Teknikal
Malaysia telah diperkenalkan. Program Latihan
Negara Ketiga (TCTP) adalah kerjasama dengan
Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Kerajaan
Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa
Jepun (JICA), yang bertujuan untuk mengukuhkan
Kerjasama Negara-negara Selatan dalam bidang
pembinaan keupayaan di kalangan negara-negara
membangun.
Diadakan dari 24 November hingga 5 Disember
2013, TCTP yang bertema “Fasilitasi Perdagangan
untuk Negara-negara Afrika” telah disertai oleh 13
orang pegawai promosi perdagangan dari 8 negara
iaitu Cote D’Ivoire, Ghana, Kenya, Lesotho, Nigeria,
Afrika Selatan, Swaziland dan Zambia.
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
117