Terletak di tingkat dua Menara MATRADE, MEEC merupakan pusat pameran tetap seluas 4,500 meter
persegi, yang mampu menempatkan 507 syarikat dari 30 kelompok industri. Pusat ini direka khas untuk
mempamerkan produk dan perkhidmatan syarikat-syarikat Malaysia yang sudah mengeksport dan mereka
yang ingin menerokai pasaran ke luar negara. Antara bahan yang dipamerkan adalah makanan & minuman,
bahan binaan, perabot, automotif dan peralatan automotif, perubatan & farmaseutikal serta produk
plastik. Sektor perkhidmatan yang berkembang pesat juga diwakili melalui industri seperti minyak & gas,
pembinaan, perkhidmatan perniagaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Pusat Pameran Eksport
Malaysia (MEEC)
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Pembangunan Pengeksport MATRADE
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
111
110
Pelawat ke pusat ini bukan hanya boleh memperolehi
maklumat mengenai produk-produk syarikat yang
dipamerkan disini tetapi mereka juga boleh meminta
bantuan daripada pegawai-pegawai MATRADE
untuk mengaturkan pertemuan perniagaan dengan
pengeksport Malaysia. Pada tahun 2013, MEEC
menerima sejumlah 6,669 pelawat, mengendalikan
7,540 pertanyaan perdagangan dan mengaturkan
400 pertemuan perniagaan untuk 51 pelanggan
yang telah menjana jualan sebanyak lebih RM3 juta.
Antara produk yang diperolehi adalah perubatan
& farmaseutikal, jentera dan pembinaan, minyak
sawit, makanan & minuman, bahan binaan, elektrik &
elektronik, perabot, peralatan dapur, produk plastik,
sarung tangan getah dan motosikal.