Mempromosikan Produk & Perkhidmatan
Malaysia melalui Portal MATRADE
Inisiatif ICT
Seramai 490,897 pengunjung telah mengakses
Portal MATRADE pada tahun 2013, iaitu
peningkatan sebanyak 32.68% berbanding dengan
tahun 2012. Laman yang mendapat lawatan
paling tinggi adalah Direktori Produk Malaysia
yang merekodkan sejumlah 85,284 lawatan, dan
membuktikan bahawa portal ini merupakan alat
e-promosi untuk pemasaran pengeksport Malaysia
di dalam talian yang berkesan. Peningkatan
sebanyak 49% pelawat asing adalah satu lagi
petunjuk bahawa portal ini telah mendapat
pendedahan yang lebih luas bagi produk dan
perkhidmatan Malaysia di pasaran global.
Pada tahun yang sama, portal ini memperkenalkan
segmen baru, Kisah Kejayaan Pengeksport yang
bertujuan memberi inspirasi kepada pengeksport
Malaysia yang lain untuk berusaha demi mencapai
kejayaan. Sebanyak 20 pengeksport yang berjaya
dari pelbagai industri telah dipaparkan merangkumi
dari sektor makanan yang diproses, pembinaan
hinggalah kepada industri kreatif.
Untuk tiga tahun berturut-turut bermula dari tahun
2011, portal MATRADE telah berjaya mencapai
taraf Penilaian 5 bintang daripada MDeC dan
MAMPU di bawah Penilaian Portal Kerajaan
Malaysia dan Laman Web (MGPWA).
Penganugerahan anugerah Penilaian 5
bintang untuk Portal MATRADE oleh
YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Mempertingkatkan Penyampaian Perkhidmatan
114
LAPORAN TAHUNAN 2013
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
115
Menyediakan Peluang Digital melalui
Kandungan Digital dalam Talian
MyExport
, portal intranet dan aplikasi mudah
alih untuk pengeksport Malaysia serta aplikasi
mudah alih Trade2Media melengkapkan saluran
penyampaian dalam menyediakan kandungan
digital dalam talian untuk pengeksport Malaysia dan
media.
Pada tahun 2013, seramai 4,750 ahli yang berdaftar
dengan MATRADE telah melanggani
MyExport
.
Laman utama yang diakses adalah
Trade Leads
yang menyediakan akses digital mengenai peluang
eksport di luar negara. Promosi perkhidmatan ini
akan dipergiatkan lagi untuk faedah pengeksport
Malaysia.
Menaik Taraf melalui
Aplikasi Baru
Komunikasi Bersepadu
melalui Persidangan Video
Tiga aplikasi baru telah dibangunkan dengan ciri-ciri baru
yang lebih baik dan pilihan untuk laporan. Ini termasuk
Sistem Statistik Perdagangan Malaysia versi 3.0, Sistem
Pengurusan Dokumen versi 2.0 dan Sistem Maklumbalas
Acara Perdagangan. Sistem Maklumbalas Acara
Perdagangan telah diperkenalkan untuk mendapatkan
maklum balas daripada peserta promosi MATRADE
melalui tiga peringkat, dengan acara tersebut, selepas
6 bulan dan selepas 12 bulan.
Enterprise Architectural
Network
MATRADE, sebuah aplikasi dan perkhidmatan
baru akan turut diwujudkan pada masa akan datang.
MATRADE memperkenalkan kemudahan Persidangan Video sebagai saluran
alternatif untuk berkomunikasi dengan kakitangan MATRADE dan juga orang
lain, khususnya, pengeksport Malaysia. Sebanyak 115 sesi telah diadakan
pada tahun 2013, di mana 42% daripada mereka adalah untuk sesi latihan
pegawai MATRADE diluar negara dan di pejabat cawangan.
Kemudahan ini juga telah membolehkan MATRADE mendekati komuniti
pengeksport dengan lebih mendalam dengan melalui maklumat secara
real time
. Sesi yang dijalankan termasuk 3 siaran seminar di mana
pengeksport Malaysia telah mengambil bahagian secara dalam talian dan
mesyuarat pra-berlepas yang membolehkan mereka mendapatkan maklumat
terkini dari Pesuruhjaya Perdagangan mengenai aktiviti promosi eksport
yang diadakan. Kemudahan persidangan video akan diperluaskan bagi
membolehkan jangkauan yang lebih luas kepada pengeksport termasuk
pembinaan keupayaan.
1...,96-97,98-99,100-101,102-103,104-105,106-107,108-109,110-111,112-113,114-115 118-119,120-121,122-123,124-125,126-127,128-129,130-131,132-133,134-135,136-137,...260