Penerbitan MATRADE termasuk direktori perdagangan, buku panduan pengeksport, majalah, risalah dan
petunjuk perdagangan diedar luas kepada komuniti perniagaan Malaysia dan asing termasuk dewan
perniagaan, persatuan perdagangan dan perindustrian, majlis perniagaan, pertubuhan perdagangan dan
industri, dan juga untuk lebih 40 pejabat perdagangan MATRADE di seluruh dunia.
Penerbitan Bahan Bercetak
Trade Mart, sebuah majalah dwi-bulanan yang
memaparkan berita perdagangan, panduan
pengeksport, berita pasaran, peluang pasaran,
maklumat terkini dunia perniagaan dan program-
program MATRADE. Setiap isu Trade Mart
membawa tema yang berbeza.
Majalah
What’s New From Malaysia
merupakan
penerbitan yang memaparkan produk dan
perkhidmatan terbaru, unik atau inovatif dari
Malaysia. Diterbitkan dua kali setahun, majalah ini
menyediakan maklumat terkini mengenai produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-
syarikat Malaysia kepada pasaran antarabangsa.
Majalah ini juga boleh didapati di
Berfungsi sebagai saluran untuk mengemaskini
pengeksport Malaysia dan komuniti perniagaan
mengenai aktiviti-aktiviti promosi terkini di negara
ini, MATRADE menerbitkan kalendar suku tahun
Upcoming Events
, yang memaparkan program
promosi perdagangan MATRADE.
International Trade Fairs in Malaysia
adalah kalendar
komprehensif tahunan yang memaparkan acara-acara
perdagangan utama di negara ini. Ia menggabungkan
acara yang di anjurkan oleh MATRADE dan juga
penganjur acara yang lain.
Dalam Tahun 2013, MATRADE menerbitkan 5 Direktori dan satu
buku terbitan khas
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Pembangunan Pengeksport MATRADE
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
107
106
From Zero To Hero
Buku terbitan khas ini mempamerkan kisah kejayaan
25 syarikat Malaysia dari pelbagai industri seperti
pembinaan, elektrik dan elektronik, makanan,
penjagaan kesihatan, ICT, seni bina, minyak & gas
serta pencegahan dan perlindungan kebakaran.
1...,88-89,90-91,92-93,94-95,96-97,98-99,100-101,102-103,104-105,106-107 110-111,112-113,114-115,116-117,118-119,120-121,122-123,124-125,126-127,128-129,...260