Pada tahun 2013, seramai 5,057 peserta dari
3,634 syarikat telah memperolehi manfaat
daripada program latihan yang dianjurkan oleh
MATRADE yang bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran mengenai peluang eksport serta
kemahiran pemasaran eksport di kalangan
komuniti perniagaan Malaysia. Program ini
dijalankan melalui seminar, taklimat dan bengkel
dengan topik yang merangkumi peningkatan
kemahiran, penyelidikan pasaran, pasaran
khusus, industri khusus serta juga piawaian
standard dan peraturan eksport.
Di samping itu, MATRADE juga bekerjasama dengan
organisasi-organisasi luar untuk meningkatkan
kemahiran pengeksport dan perniagaan Malaysia.
Antara program yang dijalankan adalah Malaysian
Chief Marketing Officer (CMO) Conference 2013 dan
Malaysian Media Conference 2013 dengan kerjasama
Persatuan Pengiklanan Antarabangsa (IAA), Future of
Digital Marketing Conference 2013 iaitu anjuran bersama
Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As)
dan Brand Entrepreneurs Conference 2013, bersama
Persatuan Penjenamaan Malaysia (BAM).
Pembangunan Pengeksport
& Sokongan Perniagaan
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Pembangunan Pengeksport MATRADE
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
101
100
Selain daripada mendekati pengeksport menerusi
perkhidmatan dalam talian, kehadiran MATRADE turut
dirasai oleh komuniti perniagaan melalui aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh lima pejabat wilayahnya serta
melalui sesi taklimat dan perundingan yang diadakan di
seluruh negara. Wakil dari Kementerian Perdagangan
Antarabangsa & Industri (MITI), agensi-agensi kerajaan
yang berkaitan dan juga organisasi perdagangan turut
dijemput sebagai panel. Melalui sesi ini, MATRADE
dapat menyebarkan maklumat mengenai perkhidmatan,
kemudahan, program bantuan dan aktiviti promosi
eksport. Langkah ini juga bertindak sebagai saluran
bagi komuniti perniagaan dan pemain industri untuk
memberi maklum balas kepada Kementerian dan
MATRADE mengenai isu-isu berkaitan eksport serta
membincangkan kaedah bagi menjadikan Malaysia
sebagai pengeksport utama dunia.
Pada tahun 2013, sesi taklimat & perundingan telah
diadakan di Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Kelantan,
Terengganu, Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor.
Jumlah peserta yang telah menerima manfaat daripada
sesi ini adalah seramai 2,659 orang.
Progr
am
Outreach
Di samping itu, MATRADE turut menyertai 58
pameran perdagangan tempatan melalui kaunter
penerangan bertujuan untuk mewujudkan
kesedaran dan memberi maklumat mengenai
peranan, fungsi dan aktiviti MATRADE. Sejumlah
6,161 pertanyaan perdagangan telah diterima
dan dikendalikan oleh pegawai MATRADE yang
bertugas di acara-acara ini. Pegawai MATRADE
di ibu pejabat dan di pejabat wilayah juga kerap
mengadakan lawatan industri ke syarikat-
syarikat yang berdaftar dengan MATRADE bagi
memahami operasi syarikat berkenaan dan
membantu mereka dalam mengembangkan
perniagaan eksport.
1...,82-83,84-85,86-87,88-89,90-91,92-93,94-95,96-97,98-99,100-101 104-105,106-107,108-109,110-111,112-113,114-115,116-117,118-119,120-121,122-123,...260