Hampir 70% daripada syarikat yang berdaftar
dengan MATRADE adalah PKS. Dalam usaha
menggalakkan PKS menceburi perniagaan
eksport, Geran Pembangunan Pasaran (MDG)
telah menjalankan peranan yang penting
dalam membantu syarikat-syarikat Malaysia
mengembangkan perniagaan mereka ke
pelbagai pasaran luar negara.
Mendekati Pengeksport PKS
Penerima MDG Mengikut Sektor
Perabot
13.47%
Jentera & Kelengkapan
4.77%
Makanan Diproses
10.04%
Minuman
6.51%
Farmaseutikal, Produk
Dandanan Diri & Kosmetik
6.37%
Dalam tempoh 1 Januari 2013 hingga 31 Disember
2013, sebanyak 2,182 PKS termasuk persatuan
perdagangan telah memperolehi manfaat daripada
program ini.
LAPORAN TAHUNAN 2013
Tumpuan Pembangunan Pengeksport MATRADE
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN DI ARENA GLOBAL
103
102
MATRADE juga menguruskan dua lagi program
pembangunan pengeksport iaitu Program
Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) dan
Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP),
bertujuan untuk meningkatkan penyertaan usahawan
Bumiputera dan wanita dalam pasaran antarabangsa.
Bagi kedua-dua program ini, bantuan diberikan
selama tiga tahun kepada syarikat-syarikat yang
terpilih dan memenuhi kriteria. Ianya untuk meningkat
dan mengembangkan pengetahuan eksport mereka
melalui aktiviti latihan dan promosi perdagangan. Pada
tahun 2013, sebanyak 29 syarikat menyertai program
ini.
Pada tahun yang sama, sebanyak 144 syarikat telah
tamat latihan, 87 di bawah BEDP manakala 57 lagi
berada di bawah WEDP. Sementara itu, sebanyak 86
syarikat masih menjalani kedua-dua program dimana
45 syarikat adalah di bawah BEDP dan 41 syarikat lagi
di bawah WEDP.
Dalam mengikuti latihan, syarikat-syarikat ini menyertai sejumlah 134 aktiviti promosi eksport. Hasil daripada
penyertaan mereka, para peserta program melaporkan jualan sebanyak RM360.13 juta
Majlis Tamat Progam untuk syarikat-syarikat yang menyertai program BEDP dan WEDP
Program Pembangunan Pengeksport
Bumiputera dan Wanita
1...,84-85,86-87,88-89,90-91,92-93,94-95,96-97,98-99,100-101,102-103 106-107,108-109,110-111,112-113,114-115,116-117,118-119,120-121,122-123,124-125,...260